Page 13 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 13

PLOT


               Permulaan

                      Doktor Raiha mengalami konflik setelah mengesan sesuatu yang tidak kena apabila dia melihat filem
               sinar-X terbaharu milik pesakit bernama Unong Siron yang mengalami komplikasi berulang kali walaupun sudah
               menjalani  pembedahan  tulang  pinggul  sebanyak  enam  kali,  sedangkan  lima  pembedahan  sebelumnya  itu
               dijalankan oleh pakar otopedik yang terkenal, iaitu Doktor Uwang. Pada masa yang sama, Doktor Raiha gelisah
               kerana memikirkan peristiwa hitam yang dialaminya bersama bekas suaminya, Doktor Sadiz. Kenangan pahit itu
               telah menghantui hidup Doktor Raiha.


               Perkembangan

                      Cerita dalam novel ini berkembang apabila muncul watak-watak lain yang menghadapi masalah dalaman
               masing-masing.  Doktor  Uwang  dengan  prinsipnya  yang  hanya  mementingkan  keuntungan  daripada  bayaran
               rawatan di  PRPK.  Felicia berasa  resah  disebabkan  peristiwa  hitam  yang sering kali  menghantui  perasaannya
               sehingga  mendorongnya  mengambil  ubat  batuk  secara  curi-curi  untuk  menghilangkan  keresahannya.  Doktor
               Uwang juga berjaya membangunkan PRPK tetapi belum mendapat pengiktirafan daripada bapanya sendiri, Datu
               Ontong. Doktor Raiha pula seolah-olah mempertikaikan kewibawaan Doktor Uwang yang sebelum ini merawat
               Unong Siron.


               Perumitan / Konflik

                      Doktor  Uwang  berasa  tercabar  dan  terpukul  apabila  Doktor  Raiha  mempertikaikan  kewibawaannya
               sebagai  seorang  pakar  bedah.  Felicia  Landosi  melayan  seorang  pesakit  bergelar  datin  dengan  mesra  tetapi
               bersikap  kasar  terhadap  ibu  Unong  Siron.  Doktor  Uwang  dan  Felicia  secara  tidak  langsung  terlibat  dengan
               perancangan Doktor Sadiz sehingga menyebabkan Rohayu terkorban. Semasa perbicaraan kes antara Doktor
               Raiha dengan Doktor Sadiz, kes tersebut memihak kepada Doktor Sadiz menyebabkan Doktor Raiha berasa amat
               kecewa.

                      Untuk  menghilangkan  keresahannya,  Felicia  Landosi  sering  memasuki  ruang  farmasi  di  PRPK  untuk
               mengambil ubat bagi menenangkan fikirannya, manakala Doktor Uwang mengunjungi kelab malam eksklusif bagi
               menghilangkan  keresahannya  daripada  terdengar  suara  dan  gambaran  kanak-kanak  mirip  wajah  anak  Doktor
               Raiha yang rentung dan meminta diselamatkan. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu
               sebelum dia mengalami kemalangan.


               Klimaks / Puncak

                      Ariana Abdullah secara tiba-tiba datang meminta pertolongan Doktor Raiha kerana Felicia Landosi ditahan
               oleh seorang penceroboh yang menyamar sebagai doktor palsu. Doktor Raiha tidak bersetuju dengan cadagan
               agar  pintu  bilik  bedah  dirempuh  oleh  pengawal  keselamatan  kerana  dia  khuatir  akan  nyawa  Felicia  Landosi.
               Keadaan yang mencemaskan itu dapat ditenangkan apabila pemuda tersebut berjaya dipujuk oleh ibu Unong Siron
               dan dibawa ke hospital sakit jiwa.

                      Doktor Uwang mengalami kemalangan kerana kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar tembok
               garaj  di  Pusat  Rawatan  Pantai  Kasih.  Pergelangan  tangan  dan  lututnya  hancur  menyebabkan  pembedahan
               penggantian sendi perlu dilakukan segera. Sebelum dirawat oleh Doktor Raiha, dia mengalami ilusi yang amat
               mengerikan apabila dia dirawat oleh pesakit yang pernah ditipunya sebelum ini. Tanpa kerelaannya, Doktor Uwang
               dibedah  menggunakan    peralatan  palsu  dan  bermutu  rendah  yang  dibelinya  khusus  untuk  pesakit  golongan
               menengah bawah dan pertengahan.


               Peleraian

                      Doktor Raiha melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan. Akhirnya
               Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Doktor Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan
               membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu. Meskipun Doktor Raiha
               kecewa kerana Felicia Landosi tidak bererus terang tentang hal tersebut terlebih awal tetapi dia tetap memaafkan
               Felicia. Doktor Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah mangsa keadaan.




               13 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18