Page 15 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 15
4. Imbas Kembali
Contoh:
• Doktor Raiha terbayang kembali ketika dia menjadi siswi tahun pertama, Doktor Uwang pernah menjadi
guru demonstrator dalam bidang atonominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgery.(hal.4)
• Doktor Raiha teringat akan kemalangan kereta yang menimpa Doktor Sadiz selepas memenangi kes
mereka di mahkamah dahulu. Kereta yang dipandu oleh Doktor Sadiz merempuh belakang sebuah lori
tangki minyak yang berhenti secara tiba-tiba di kawasan lampu isyarat lalu terperosok di bawah lori
tangki itu. Kereta itu terbakar dan menyebabkan Doktor Sadiz rentung.(hal.146)
• Doktor Raiha teringat kembali arwah ibunya yang meninggal dunia semasa melahirkannya, manakala
arwah bapanya membantah hasrat Doktor Raiha ingin menjadi seorang pakar bedah dan berkawin
dengan Doktor Sadiz.(hal.7)
• Di dalam bilik kerjanya, Doktor Raiha teringat akan peristiwa seorang lelaki yang menyamar sebagai
doktor menceroboh pusat rawatan itu beberapa minggu lalu. Pemuda itu tidak sempat ditangkap kerana
telah melarikan diri. Namun begitu, Sebelum pergi, pemuda itu mengugut akan datang ke PRPK semula.
(hal.33)
5. Saspens
Contoh:
• Pembaca tertanya-tanya tentang punca kematian sebenar anak Doktor Raiha, iaitu Rohayu binti Sadiz.
Pembaca ingin tahu orang yang menjadi punca utama dalam kejadian yang mengorbankan anak
kesayangan Doktor Raiha.
• Pembaca tertanya-tanya perbuatan yang telah Doktor Sadiz lakukan terhadap Doktor Raiha apabila
Doktor Raiha akhirnya mengerti sebab bapanya menghalang perkahwinannya dengan Doktor Sadiz
dahulu. (hal.5)
Sayang, sungguh sayang. Hanya setelah beberapa tahun kemudian, barulah Raiha mengerti
mengapa bapanya amat anti terhadap Doktor Sadiz.
• Pembaca tertanya-tanya tentang dosa silam dan kejadian pada malam yang dimaksudkan oleh Felicia
sehingga dia berusaha untuk melupakannya (hal.11)
“Alangkah baiknya jika aku benar-benar boleh melupakan segala peristiwa hitam pada malam
yang menggemparkan itu,” bisik Felicia dalam hatinya yang dilanda kekecewaan ...
• Pembaca ingin tahu rahsia dan sebab sebenar Doktor Raiha sering mendengar suara-suara aneh yang
sering menghantuinya siang dalam malam. (hal. 29-30)
6. Kejutan
Contoh:
• Pembaca terkejut apabila digambarkan bahawa Felicia merupakan anak luar nikah yang lahir daripada
perbuatan sumbang ibunya sehingga dia membesar dalam suasana yang penuh tekanan.(hal107-108)
• Pembaca tidak menyangka bahawa Doktor Sadiz tergamak mendesak isterinya, Doktor Raiha agar
menggugurkan janin dalam kandungan isterinya kerana janin tersebut tidak normal. (hal.57)
• Pembaca terkejut apabila mengetahui Felicia turut terlibat dalam kebakaran kereta mewah Doktor Sadiz
sehingga menyebabkan kematian Ayu. (hal.157)
7. Monolog
Contoh:
• “Kegiluan amat terasa,” bisik Raiha kepada dirinya sendiri... (hal.31)
• “Tetapi semua itu bukan salahku. Bukan,” rintih Sister Felicia perlahan tanpa sedar. (hal.108)
15 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

