Page 23 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 23

9.   Masyarakat yang takut berterus terang
                   •  Sister  Felicia Londusai tidak berterus  terang  dengan  Doktor  Raiha  tentang kemalangan  yang  berlaku
                      sehingga meragut nyawa anak perempuan Doktor Raiha kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor Sadiz
                      yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat  rasa marah terhadap Doktor
                      Raiha.

              10.   Masyarakat yang mempunyai prinsip hidup
                   •  Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor
                      pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang
                      wanita, namun berkat usaha dan prinsip yang ada pada Raiha, dia mampu  menjadi pakar pembedahan
                      yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

              11.   Masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas
                   •  Emak  Sister  Felicia  keterlanjuran  sehingga  mengandungkan  anak  luar  nikah  hasil  pergaulan  bebas
                      sewaktu mudanya.

              12.   Masyarakat yang mengamalkan prinsip muafakat dalam kehidupan
                   •  Doktor Raiha, ibu Unong Siron, Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng dan lain-lain berusaha membebaskan
                      Felicia daripada ditahan oleh doktor palsu. (hal.132-134)

              13.   Masyarakat yang bertindak negatif untuk mengatasi tekanan perasaan
                   •  Felicia Londosi kerap minum ubat batuk untuk melupakan masakah keluarga dan tekanan yang dihadapi
                      sehingga  lama-kelamaan  dia  menjadi  ketagih.  Begitu  juga  dengan  seorang  pemuda  yang  menyamar
                      sebagai  doktor  di  PRPK  yang  mengalami  tekanan  perasaan  setelah  gagal  dalam  peperiksaan  dan
                      ditinggalkan oleh kekasihnya.

              14.   Masyarakat yang bertindak kejam terhadap orang lain
                   •  Doktor Sadiz bertindak kejam terhadap isterinya, Doktor Raiha dengan mengabaikan tanggungjawabnya
                      sebagai suami. Doktor Sadiz juga telah membakar keretanya sehingga menyebabkan kematian anaknya.
                      (hal.157)

               16.  Masyarakat yang rajin berusaha untuk mencapai impian
                   •   Doktor Raiha rajin belajar unsur-unsur perbedahan daripada mentornya, Doktor Uwang sewaktu menuntut
                      sebagai  siswi  tahun  pertama  perubatan  dan  sanggup  melakukan  apa-apa  sahaja  yang  diminta  oleh
                      mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
                   •   Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia
                      berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.

               17.  Masyarakat yang berani mempertahankan pendirian
                   •   Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah disebabkan
                      oleh Doktor Sadiz.
                   •   Ibu Unong Siron berani mempertikaikan rawatan yang diberikan oleh Doktor Uwang kepada anaknya.
                   •   Felicia  berani  menyatakan  kebenaran  dengan  memberitahu  penglibatannya  atas  kematian  Rohayu
                      kepada Doktor Raiha.

               18.  Masyarakat yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
                   •   Doktor  Raiha  berusaha  untuk  memastikan  setiap  operasi  pembedahan  yang  dilakukannya  akan
                      memuaskan hati semua pihak yang terlibat.
                   •   Doktor Raiha memeriksa Unong Siron setelah menjalani pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan
                      gadis itu memuaskan.

               19.  Masyarakat yang prihatin terhadap masalah orang lain
                   •   Doktor Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam
                      kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor
                      pakar yang  bukan calang-calang. (hal.121)
                   •   Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan Felicia Londosi kerana
                      bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan tahun baharu di rumah
                      Doktor Uwang.




               23 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28