Page 50 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 50
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
• Seorang yang amat mementingkan ganjaran material daripada nilai kemanusiaan. Contohnya, Profesor
Doktor Juaidi berasa tertekan apabila Tuan Besar Musa meninggal dunia kerana kelab elit hospitalnya akan
kehilangan tajaan berjumlah RM100 ribu.
• Seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi bijak mencari dana
tabung kelab elit hospital mereka dengan meminta tajaan daripada Tuan Besar Musa.
Tuan Besar Musa
• Tuan Besar Musa merupakan seorang ahli korporat dan teknorat yang memiliki gedung perniagaan yang
besar.
• Dia merupakan seorang dermawan.
• Tuan Besar Musa ialah seorang suami kepada wanita jelita yang tidak setia.
• Dia mempunyai sepasang anak yang menjadi penagih dadah berjenis heroin.
• Tuan Besar Musa gemar minum arak.
LATAR
Latar Masa
• Dua jam – tempoh pesakit di wad Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.
• Zaman moden – kewujudan hospital yang dilengkapi perlatan moden.
• Waktu siang – Nusia memaklumkan kepada Doktor Murni bahawa bekalan darah di bank darah sudah
kehabisan stok.
Latar Tempat
• Wad unit rawatan rapi – tempat Tuan Besar Musa ditempatkan.
• Makmal darah – Nusia mendapatkan lima pek darah untuk pesakit-pesakit yang tenat.
• Wad terbuka – tempat pesakit-pesakit biasa dirawat seperti Hafiz.
Latar Masyarakat
• Masyarakat golongan doktor dan jururawat, Contoh, Profesor Doktor Juaidi, Dr Murni dan Nusia bertugas
merawat pesakit kritikal di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital.
• Masyarakat yang bersikap materialistik. Contoh, Profesor Doktor Juaidi sangat berbangga akan kekayaan
dan status Tuan Besar Musa hingga lebih mementingkan sumbangan RM100 ribu daripada tokoh korporat
itu berbanding orang lain.
• Masyarakat yang melanggar etika kerja. Contoh, Profesor Doktor Juaidi melanggar etika kerja sebagai
doktor apabila dia tidak berlaku adil terhadap pesakit.
• Masyarakat yang bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas. Contoh, Nusia dan Doktor
Murni berusaha memberikan rawatan terbaik kepada pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.
• Masyarakat yang dedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas. Contoh, Doktor Murni dan Nusia
merawat pesakit dengan sabar dan penuh dedikasi tanpa mengenal penat.
• Masyarakat yang mementingkan ganjaran dalam perkhidmatan. Contoh, Profesor Doktor Juaidi
mengutamakan rawatan kepada Tuan Besar Musa kerana mengharapkan dana untuk kelab elit hospital itu.
• Masyarakat kakitangan bawahan yang berani memprotes ketua yang tidak adil. Contoh, Nusia memprotes
tindakan Profesor Doktor Juaidi yang lebih mementingkan Tuan Besar Musa berbanding pesakit lain.
• Masyarakat ahli korporat yang bersikap buruk. Contoh, Tuan Besar Musa seorang ahli korporat yang kaya
dan berjaya mempunyai sikap buruk. Dia gemar meminum arak dan gagal mendidik dua oarng anaknya
sehingga terlibat dengan najis dadah.
• Masyarakat yang rasional dalam mengambil tindakan. Contoh, Doktor Murni menyerahkan surat peletakan
jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu kerana yakin akan ada hospital lain yang memerlukan
khidmatnya.
azan ab latif GCBM KVWT 50

