Page 35 - NOOR FARAHIN BINTI ASHARI D20201093962 BUKU LOG KRS
P. 35

4. Lurus, jarak, bersetentang tidak betul selepas berhenti.


                   5. Turun tangan terlalu lambat.

                   6. Antara tumit tidak rapat dan antara hujung kaki tidak 30 darjah .


                   7. Angkat peha melebihi 45 darjah.


                   8. Perbuatan ‘check’ menjadi hentak kaki.


                   BAHAGIAN II


                   BERJALAN DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN JALAN


                   Perlahan jalan


                   Hendaklah diajar dengan bernombor (ansur maju) untuk mengimbangkan kedudukan
                   badan.




                   Hukuman :


                     "Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan"


                   Perbuatan :


                   Langkah pertama :


                   Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak
                   kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk, ibu jari rapat pada

                   penjahit seluar. Berat badan di atas kaki kiri.

                   Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30

                   inci         ( satu langkah ) dengan tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama

                   tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci seperti kedudukan kaki kanan tadi.


                   Langkah ke dua :

                   Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak

                   kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk.


                   Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci          (satu
                   langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah dan proses seperti itu dibuat berterusan.
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40