Page 38 - NOOR FARAHIN BINTI ASHARI D20201093962 BUKU LOG KRS
P. 38
Perbuatan :
Samada berjalan dalam satu barisan (file) atau bertiga-tiga, maka orang yang di
sebelah dalam hendaklah membelok seperti di atas satu lilitan bulatan ke kiri atau ke
kanan 90 . Panjang atau pendek langkah bergantung kepada kedudukan barisan.
Anggota di dalam barisan, pendekkan langkah dan anggota di barisan luar,
panjangkan langkah.
Kesalahan-kesalahan biasa :
1. Deretan di sebelah belakang terbawa-bawa lalu terpesong keluar daripada pusat
belok itu.
2. Jarak jadi rosak disebabkan oleh angota di luar tidak memanjangkan langkah dan
anggota di dalam tidak memendekkan langkah keluar.
BAHAGIAN VI – BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN
Kedudukan masa berjalan mestilah dikekalkan dan semasa membuat semua pusingan,
hendaklah berpusing tepat ke hala yang baru , lurus, jarak hendaklah dibetulkan oleh
mereka dalam skuad itu dengan serta merta selepas berpusing.
KE KANAN PUSING
Hukumannya :
" Menghadap ke hadapan / belakang, kanan .......... pusing! "
" Bergerak ke kanan / kiri, kanan ............ pusing! "
Perbuatan:
Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Angkat kaki kiri dan
hentak di sebelah kaki kanan . Dalam masa yang sama halakan kaki kanan ke
sebelah kanan dan terus berjalan.
KE KIRI PUSING
Hukumannya:
" Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .......... pusing! "

