Page 154 - SK Tahun 6 Sains
P. 154
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Antara yang berikut, manakah yang merupakan ciri-ciri nasi basi?
I. Berbau harum II. Berlendir
III. Mempunyai tompok kehitaman IV. Berdebu
A. I dan II B. II dan III
C. II dan IV D. III dan IV
2. Rajah menunjukkan sebahagian daripada karipap.
kulit
Sekiranya karipap dibiarkan terdedah,
inti bahagian manakah yang akan rosak
terlebih dahulu? Jelaskan jawapan kamu
dengan menyatakan ciri-ciri kerosakan.
3. Gambar di bawah menunjukkan empat jenis makanan dengan
kaedah pengawetan yang berbeza-beza.
Bagi setiap makanan di atas, nyatakan:
a) Kaedah pengawetan yang digunakan.
b) Faktor yang membantutkan pertumbuhan mikroorganisma.
4. Gambar di sebelah menunjukkan makanan yang telah rosak.
Antara yang berikut, apakah faktor yang
menyebabkan makanan ini menjadi rosak?
I. Kehadiran cahaya matahari
II. Kehadiran air
III. Suhu yang terlalu rendah
IV. Kehadiran udara
146

