Page 42 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 42

Pukulan Kilat
                     Pukulan Kilat

                Joyce Ng, Paul dan rakan-rakan mempraktikkan kemahiran memukul bola pada
                pelbagai kelajuan dalam permainan pukulan hebat dan pukulan sasar. Mereka
                memukul bola yang dibaling pada pelbagai kelajuan. Ketika kontak bola, mereka
                perlu menyesuaikan kelajuan ayunan pukulan dan menentukan pemasaan yang
                sesuai berdasarkan kelajuan bola yang dibaling.

                  Jika bola yang dibaling
                 laju, saya perlu memukul
                  dengan cepat. Jika bola
                  yang dibaling perlahan,
                  tindakan memukul perlu
                       dilambatkan.
                                                                        3



                                                                                      4




                                           2



                                                       1











                                         Permainan pukulan hebat

                                                                          Gunakan bola yang lembut
                                Cipta tapak larian yang dapat digunakan   untuk mengurangkan impak
                                dalam permainan pukulan hebat dengan      kesakitan jika balingan
                                menggunakan bahan kitar semula.           terkena pada badan.
                 Nota Guru
                 Nota Guru
                C
                Cara bermain permainan pukulan hebat.
                1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil.
                2. Tentukan kumpulan pemukul dan kumpulan pemadang.
                3. Pasukan pemukul akan memukul bola ke sasaran.
                4. Mata diberi mengikut kawasan jatuhan bola seperti yang ditetapkan.
                5. Tambahan 1 mata diberi jika berjaya melakukan larian lengkap.
                6. Pemukul tamat giliran memukul jika:
                   i.  bola yang dipukul berjaya ditangkap pemadang sebelum jatuh ke tanah, atau
                   ii.  pemadang berjaya menyentuhkan bola pada badan pemukul semasa melakukan larian.
                7. Tukar peranan setelah semua pemukul berjaya dimatikan.

                 34
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47