Page 43 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 43
Sentiasa memandang ke
arah bola yang datang
semasa menangkap bola.
Permainan
ini sungguh
mencabar tetapi
menyeronokkan.
3
2
1
1 1
4
1
Permainan pukulan sasar
Bagaimanakah untuk melakukan pukulan
yang jauh dan sukar ditangkap?
Nota Guru
Nota Guru
C
Cara bermain permainan pukulan sasar.
1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil.
2. Tentukan kumpulan pemukul dan kumpulan pemadang.
3. Pemukul akan memukul bola ke sasaran.
4. Mata diberi berdasarkan tempat jatuhan bola dalam zon mata yang ditetapkan.
5. Pemukul terkeluar jika:
i. bola yang dipukul berjaya ditangkap sebelum mencecah tanah.
ii. pemadang menyentuhkan bola di badan pemukul, atau
iii. kayu sasar dijatuhkan pemadang semasa memukul atau membuat larian.
6. Jika pemukul berjaya membuat larian, pasukan akan memperoleh 1 mata.
7. Tukar peranan jika kesemua pemukul berjaya dikeluarkan.
8. Pasukan yang mengumpul mata tertinggi ialah pemenang.
1.8.2, 2.8.2, 2.8.3, 5.2.4
35

