Page 44 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 44
Baling Tangkap
Baling Tangkap
Syeda dan rakan-rakan berazam untuk memenangi permainan tangkap aras dan
tangkap berganti-ganti. Mereka perlu menyekat pihak lawan membuat larian.
Syeda perlu membaling tepat kepada rakan sepasukan dan cekap menangkap
bola pada pelbagai aras dan kelajuan. Semasa menangkap bola, ketangkasan
dan tindak balas sangat penting kerana mereka perlu melakukan pelbagai aksi
untuk menangkap bola seperti melompat, berlari dan menjatuhkan badan.
I N F O R M A S I
Glof (glove) ialah sarung tangan khas yang
dipakai ketika memadang untuk permainan
sofbol. Pemain tangan kanan akan memakai
glof di tangan kiri manakala pemain tangan
kidal akan memakai glof di tangan kanan. Hebat sungguh
Syeda menangkap
bola. Saya mesti
berusaha lebih tekun
untuk menandingi
kehebatan Syeda.
Bes 3
A1
B4 B3
B1
Bes 2
A2
petak
mula
Bes 1
B2
Permainan tangkap aras
Nota Guru
Nota Guru
Cara bermain permainan tangkap aras.
C
1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil.
2. Tentukan pasukan pelari (A) dan pasukan pembaling (B).
3. A1 menjatuhkan bola dari atas T dan lari ke bes 1, bes 2, bes 3 dan bes 4. Jika berjaya menamatkan larian,
pasukan memperoleh 1 mata.
4. B1 memungut dan membaling bola kepada B2, B2 kepada B3, B3 kepada B4 dan B4 kepada B1 sebelum larian
tamat. Jika bola tiba duhulu ke petak mula, pasukan pembaling akan memperoleh 2 mata.
5. Pasukan yang memperoleh mata terbanyak ialah pemenang.
36

