Page 68 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 68

Klu Oh, Klu
                     Klu Oh, Klu

                Ona, Luqman dan rakan-rakan menyertai aktiviti pandu arah berdasarkan klu.
                Aktiviti ini menghendaki peserta mencari arah dan lokasi yang dinyatakan pada
                kad klu. Kepantasan mencari dan memahami klu membantu mereka menjadi
                pemenang aktiviti ini. Kamu juga boleh merancang dan melaksanakan aktiviti
                seperti di bawah bagi meningkatkan pengetahuan pandu arah berdasarkan klu.






                     STESEN A
                     Bergerak ke Timur Laut.
                     Susuri denai sejauh 150 meter
                     ke Stesen B. Lokasi klu dalam
                     pantun yang berikut:

                KLU 2
                Sinar mentari indah berseri,
                  Terhibur hati kicauan burung;
                Gunalah saya ke tempat tinggi,
                  Tertib memanjat elak tersadung.



















                       KLU 1
                       Pak Mat berkebun di pagi hari,                                            9:00
                         Bunga melati kembang menawan;                                           pagi
                       Tempat yang gelap saya terangi,       STESEN MULA
                         Agar yang dicari mudah ditemukan.   Bergerak ke Barat Laut menuju ke Stesen A
                                                             pada anggaran jarak 150 meter. Cari Klu 2
                                                             berdasarkan pantun Klu 1 ini.


                 Pastikan kamu hanya ke tempat      Cipta satu set penanda stesen dengan
                 yang dinyatakan dalam kad arahan.  menggunakan bahan-bahan kitar semula.




                 60
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73