Page 69 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 69
STESEN B
Bergerak ke Tenggara sejauh 120 meter.
Lokasi klu dalam pantun yang berikut:
KLU 3
Kicau burung beralun merdu,
Lunak didengar tidak terperi;
Boleh berehat atau beradu,
Jika letih singgah di sini.
STESEN C
Bergerak ke Barat Daya
10:45 sejauh 300 meter. Lokasi klu
pagi dalam pantun yang berikut:
STESEN PENAMAT
KLU 4
Di tunggul kayu hinggap si denak,
Di air tenang si keli berenang;
Di sini saya berdiri tegak,
Setia menanti barangan dibuang.
KLU 5
Bergerak ke Utara sejauh 90 meter
ke Stesen Penamat. Daftar dan
catat masa penamat kamu.
Petunjuk
Arah laluan
Nota Guru
Nota Guru
Cara melaksanakan aktiviti pandu arah berdasarkan klu.
C
1. Tetapkan beberapa stesen dengan klu masing-masing.
2. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil.
3. Ketua kumpulan mengambil Kad Mula daripada guru.
4. Secara berkumpulan, bergerak mengikut turutan stesen dan kumpulkan semua klu hingga Stesen Penamat.
5. Laporkan diri kepada urus setia di stesen penamat dan rekodkan masa ketibaan.
6. Guru mengingatkan murid tentang arah mata angin yang telah mereka pelajari. 1.14.1, 2.14.1, 5.3.1
61

