Page 16 - tmp
P. 16

SMK Seri Tasik   15
                                                                                          [Mukadimah]

                          20.2  Berbincang dengan pegawai atasan untuk mendapatkan maklumat lengkap
                          20.3  Semua borang perlu ditaip dan perlu disediakan surat iringan
                          20.4  Tindakan  perlu  selesai  sebelum  tarikh  akhir  dan  elakkan  menerima  peringatan  daripada
                               pihak berkenaan.

                    21.  ETIKET BERPAKAIAN SEMASA BERTUGAS

                          Semua  guru  dan  staf  dikehendaki  berpakaian  kemas  dan  berkasut  mengikut  Etika  Pemakaian
                          Kakitangan Awam.

                          21.1  Sentiasa memakai tanda nama
                          21.2  Mematuhi Surat  Pekeliling Bil. 6/1995
                          21.3  Pakaian semasa menghadiri mesyuarat, hendaklah pakaian waktu bekerja .
                                     Kemeja T, seluar trek, selipar tidak dibenarkan.
                          21.4  Berpakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis
                          21.5  Baju melayu lengkap bagi lelaki pada hari Jumaat
                          21.6  Pakaian semasa aktiviti luar bilik darjah  seperti sukan, gotong royong dibenarkan memakai
                               pakaian  yang  sesuai  dan  labuh.  Seluar  jeans  adalah  pakaian  tidak formal  dan  tidak  sesuai
                               dipakai dalam aktiviti sekolah.
                          21.7  Guru-guru adalah contoh kepada murid-murid.

                    22.   GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN

                          22.1  Semua guru SMK Seri Tasik ialah guru disiplin dan guru bimbingan. Guru-guru hendaklah
                               sentiasa memberi bimbingan kepada murid dan mengamalkan budaya “ Sekolah Penyayang“.
                               Buku Peraturan Sekolah menjadi panduan untuk mengurus murid.

                    23.  KESELAMATAN MURID

                          23.1  Semua  guru  bertanggungjawab  menjaga  keselamatan  murid  sepanjang  waktu  berada  di
                               dalam kawasan sekolah.
                          23.2  Jika  berlaku  kemalangan  atau  kecederaan  guru  diminta  segera  memaklumkannya  kepada
                               Pengetua atau penolong-penolong kanan, ibu bapa atau penjaga kepada murid berkenaan.
                          23.3  Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi.
                          23.4  Latihan kebakaran wajib diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.
                          23.5  Sebarang  aktiviti  murid  seperti  jamuan,  lawatan  dan  penyertaan  kokurikulum,  guru  kelas
                               atau guru penasihat hendaklah mendapat kebenaran Pengetua dan perlu mematuhi semua
                               prosedur yang telah ditetapkan. Guru berkenaan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya
                               dalam program berkenaan.

                    24.  HUBUNGAN SESAMA GURU DAN STAF SOKONGAN
                          24.1  Guru dan staf sokongan sewajarnya memupuk hubungan peribadi, profesional yang baik dan
                               sihat sesama rakan dan sentiasa menjaga tutur kata, mengukuhkan ukhuwah.
                          24.2  Guru  dan  staf  sokongan  tidak  dibenarkan  mempengaruhi  atau  memaksa  pandangan  /
                               fahaman / pendapat / kepercayaan sesama rakan ataupun murid sekolah ini.
                          24.3  Perhubungan  yang  berbentuk  kumpulan  berdasarkan  kepada  kaum,  status  sosial,
                               sosioekonomi,  kelulusan  dan  sebagainya  adalah  tidak  dibenarkan  sama  sekali  wujud  di
                               sekolah.

                    25.   BILIK GURU

                          25.1  Kebersihan,  keceriaan  dan  keselamatan  bilik  guru  adalah  menjadi  tanggungjawab  semua
                               guru. Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada murid.
                          25.2  Guru  hendaklah  berada  di  bilik  guru  semasa  tidak  mengajar  di  kelas.  Masa  ini  hendaklah
                               dianggap  ‘non-teaching  period’  dan  bukannya  ‘free  period’.  Oleh  itu  guru  hendaklah
                               menggunakan  masa  tersebut  di  bilik  guru  untuk  perkara-perkara  berkaitan  dengan
                               pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
                          25.3  Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.
                          25.4  Sebarang  jamuan  /  pot  luck  oleh  mana-mana  pihak  diminta  mendapatkan  kebenaran
                               daripada pentadbir sekolah.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21