Page 17 - tmp
P. 17

SMK Seri Tasik   16
                                                                                          [Mukadimah]

                          25.5  Murid tidak dibenarkan berada di bilik guru tanpa urusan.
                          25.6  Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang sesuatu dengan guru.

                    26.  GURU BAHARU/ GURU BERTUKAR MASUK
                          26.1  Serahkan perkara-perkara berikut ke pejabat ( KPT)

                               a.  Gambar 4 keping
                               b.  Borang biodata diri
                               c.  Borang peribadi

                    27.  PENGURUSAN BILIK-BILIK KHAS DAN BILIK DARJAH

                          27.1  Bilik-bilik khas perlu lengkap dengan perkara berikut:
                                  27.1.1  Carta Organisasi
                                  27.1.2  Senarai Inventori
                                 27.1.3  Rekod penggunaan bilik / buku pelawat
                                 27.1.4 Jadual tempahan bilik perlu dipamerkan
                                 27.1.5 Kunci perlu didaftarkan dan tidak diberi kepada murid
                          27.2   Guru-guru bilik khas termasuk guru kelas bertanggungjawab atas keselamatan, kebersihan
                                dan keceriaan bilik berkenaan. Pastikan bilik sentiasa dikunci apabila guru meninggalkan
                                bilik khas.
                          27.3    Buat laporan segera kepada pihak pentadbiran jika ada kerosakan  atau sesuatu yang tidak
                                selamat berlaku.

                   28.   SURAT/ SURAT SIARAN SEKOLAH
                           28.1    Semua surat/ surat siaran sekolah kepada KPM/JPN/PPD/ pihak luar/ ibu bapa/ penjaga
                                 murid mesti ditandatangani oleh Pengetua.
                           28.2   Sekiranya  Pengetua  tiada  dan  surat  itu  perlu  dikeluarkan  segera,  penolong  kanan
                                 hendaklah menandatangani surat berkenaan bagi pihak Pengetua.
                           28.3   Surat siaran PIBG kepada ibu bapa / penjaga hendaklah ditandatangai oleh YDP PIBG dan
                                 salinan kepada Pengetua.
                           28.4   Semua  surat  kepada  pihak  luar  untuk  tujuan  memohon  sumbangan/  derma  mesti
                                 ditandatangani oleh Pengetua sahaja.

                   29   JADUAL KEDATANGAN MURID/ APDM ONLINE
                           29.1   Setiap guru tingkatan akan dibekalkan kata laluan untuk APDM kelas masing-masing.
                           29.2   Guru tingkatan bertanggungjawab menyeleggara semua maklumat berkaitan APDM.
                           29.3   Guru tingkatan hendaklah mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah
                                 memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya
                           29.4   Guru  tingkatan  merekodkan  kehadiran  selewat-lewatnya  jam  8.45  pagi.  Jika  guru
                                 tingkatan tidak hadir, tugas ini dilaksanakan oleh penyelaras tingkatan
                           29.5    Surat amaran ketidakhadiran perlu dikeluarkan mengikut ketetapan
                           29.6   Analisis  mesti  dibuat  pada  setiap  akhir  bulan  dan  akan  disemak  oleh  penyelaras
                                 tingkatan.

                   30   KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH

                           30.1      Semua  guru  dikehendaki  memberi  kerjasama  sepenuhnya  dalam  menjaga  keselamatan
                                 harta benda sekolah. Harta benda sekolah yang rosak hendaklah dilaporkan ke pejabat
                                 sekolah.
                           30.2   Ketua panitia / Guru kanan mata pelajaran hendaklah memastikan peraturan –peraturan
                                 penggunaan alat di bilik-bilik tertentu disediakan  seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
                           30.3    Alat-alat  dan  harta  sekolah  adalah  harta  kerajaan.  Penggunaan  untuk  peribadi  adalah
                                 dilarang.  Sesuatu  alat  yang  dipinjam  hendaklah  mendapat  kebenaran  guru  kanan  atau
                                 guru  yang  bertanggungjawab  dengan  mengisi  borang  pinjaman.  Alat  yang  digunakan
                                 hendaklah dikembalikan semula dan menandatangan buku pinjaman.
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22