Page 21 - tmp
P. 21

SMK Seri Tasik   20
                                                                                          [Mukadimah]

                           42.3   Cuti Sakit
                           42.3.1  Guru-guru  yang  tidak  dapat  hadir  bertugas  kerana  sakit  hendaklah  memaklumkan
                                 kepada Pengetua mengikut tatacara berikut :

                                 42.3.1.1  Menelefon Pengetua dengan kadar segera.
                                 42.3.1.2  Memaklumkannya pada petugas kaunter pejabat
                                 42.3.1.3  Sijil Perakuan Doktor mesti diserahkan segera kepada Pengetua.

                           42.4   Cuti Keluar Negara
                           42.4.1  Guru-guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sama ada semasa cuti sekolah
                                 atau semasa penggal persekolahan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat
                                 sekolah selewat-lewatnya 6 minggu sebelum tarikh bercuti.

                          42.5   Cuti Tanpa Rekod
                          42.5.1   Cuti  tanpa  rekod  yang  dibenarkan  adalah  cuti  gantian  kerana  bekerja  lebih  masa,  cuti
                                 latihan  pasukan  sukarela  menghadiri  latihan  atau  khemah  tahunan  pertubuhan  /
                                 persatuan  latihan  syarikat  kerjasama,  menduduki  peperiksaan,  mesyuarat  persatuan
                                 ikhtisas mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.

                          42.6         Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
                          42.6.1   Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti
                                 tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa
                                 kandung  dan  ibu  bapa  mentua.  Pengiraan  cuti  termasuk  hari  rehat  dan  kelepasan  am.
                                 Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

                          42.7   Cuti Khas – Isteri Bersalin
                          42.7.1    Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan
                                 awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini
                                 dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
                          42.8   Cuti Tanpa Gaji
                          42.8.1   Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan.
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26