Page 1 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 1

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             TAJUK
             HASIL PEMBELAJARAN                                                            HURAIAN
             RUJUKAN
             6.0    PENGURUSAN
                  6.1  Pengenalan Kepada Pengursan
                                            Maksud pengurusan.
             6.1.1 Fungsi Pengurusan          Merujuk kepada proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi
                                              dengan cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat dan objektif organisasi.
                  a) Mentakrifkan
                     maksud pengurusan      Kepentingan pengurusan.
                     dan menjelaskan        1.  Penyelarasan Sumber
                     kepentingannya.            Mengagihkan sumber mengikut kesesuaian tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang dimiliki
                                                 oleh setiap pekerja.
                                            2.  Penggunaan Sumber Secara Berkesan
                     Daft (2010)                Memastikan    supaya  semua  sumber  dilaksanakan  secara  efektif  dan  efisien  bagi  membolehkan
                     Griffin (2011)              matlamat organisasi dapat dicapai.
                                            3.  Mencapai Matlamat Organisasi
                                                Pengurusan  organisasi  yang  teratur  dan  sistematik  membolehkan  organisasi  dapat  melaksanakan
                                                 aktiviti-aktiviti bagi mencapai matlamat organisasi.
                                            4.  Mengurangkan Pembaziran
                                                Pengurusan yang cekap dapat menjimatkan kos ketika melaksanakan aktiviti-aktiviti organisasi.
                                                Kesannya akan memolehkan organisasi  terus beroperasi pada tahap yang optimum.

                  b) Menjelaskan fungsi     Fungsi pengurusan.
                     pengurusan             1. Perancangan
                     merangkumi                 Proses  menentukan  matlamat  yang  ingin  dicapai  dan  tindakan  yang  perlu  diambil  untuk  mencapai
                     perancangan,                matlamat organisasi.
                     pengorganisasian,      2. Pengorganisasian
                     kepimpinan, dan            Proses menyusun dan mengagihkan sumber sumber organisasi untuk melaksanakan tugas  yang telah
                     pengawalan;
                                                 ditetapkan supaya matlamat organisasi dapat dicapai.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 140
   1   2   3   4   5   6