Page 7 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 7

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                     b. Mary Parke Follett
                                                         Menyarankan  pengurus  harus  menggunakan  pendekatan  kolaboratif  dengan  pekerja  untuk
                                                          menyelesaikan sesuatu masalah dalam menjalankan tugas.
                                                         Perlunya kepada kumpulan informal bagi membantu sesebuah organisasi.

                                                     c.  Chester Bernard
                                                         Berpendapat perlu adanya persamaan matlamat individu dengan matlamat organisasi, supaya
                                                          organisasi dapat ditadbir dengan cekap.
                                                         Hubungan yang wujud antara majikan adalah atas dasar saling hormat menghormati.
                                                         Pekerja akan patuh pada arahan tanpa mempersoalkan autoriti pengurus, akibat dari wujudnya
                                                          hubungan yang baik.

                                                     d.  Pengurusan Birokrasi.
                                                         Menekankan autoriti dan hierarki pengurusan
                                                          Antara pelopornya ialah;
                                                          Max Weber
                                                           Penekatan kepada autoriti dan hierarki pengurusan. Beliau memperkenalkan teori Birokrasi
                                                           Pengurusan bagi mewujudkan kecekapan dan keberkesanan dalam organisasi.
                                                           Antara prinsip yang diperkenalkan oleh Max Waber.
                                                           1.  Pembahagian dan pengkhususan kerja akan meningkatkan kemahiran pekerja.
                                                           2.  Hierarki dan autoriti yang jelas supaya segala aktiviti dapat dikoordinasikan.
                                                           3.  Pengamalan peraturan dan prosedur agar wujud kesamarataan dalam membuat keputusan
                                                           4.  Tiada sifat pilih kasih.
                                                           5.  Kenaikan pangkat berdasarkan prestasi.

                                                           Masalah konsep birokrasi terutamanya kepada organisasi besar.
                                                           1.  Melibatkan banyak peringkat dalam membuat keputusan
                                                           2.  Memerlukan masa yang lama dalam membuat keputusan
                                                           3.  Memerlukan staf yang ramai

                                                           4.  Lebih mementingkan proses daripada hasil kerja.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 146
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12