Page 10 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 10

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                      Mempunyai komitmen untuk mencapai matlamat organisasi dan berkeinginan untuk melakukan
                                                       kerja dengan baik.
                                                      Inisiatif kewangan bukan factor utama.
                                                      Motivasi dan potensi pekerja sudah wujud dalam diri pekerja dan pihak pengurusan hanya perlu
                                                       mengilap potensi tersebut sahaja.

                                           3.  Pendekatan Sains Pengurusan/ Kuantitatif.
                                              i.  Sains Pengurusan Operasi.
                                                  Menekankan  kepada  penggunaan  sains  dan  matematik  dalam  ppengurusan  dalam  meningkatkan
                                                    kecekapan dan keberkesanan dalam membuat keputusan.
                                              ii. Sistem Pengurusan Maklumat
                                                  Melibatkan  penggunaan  teknologi  maklumat  atau  sistem  komputer  untuk  menguruskan  data
                                                    organisasi serta dapat juga meningkatkan kecekapan proses membuat keputusan.

                                            4. Pendekatan Moden atau Kontemporari.
                                              i.  Teori Sistem
                                                       Menganggap  organisasi  sebagai  satu  sistem  yang  mengandaikan  setiap  bahagian  dalam
                                                        organisasi yang berlainan mempunyai hubungkait antara satu sama lain.
                                                       Setiap tindakan satu bahagaian akan memberi kesan kepada organisasi secara keseluruhannya.

                                                       Sebagai satu sistem organisasi menerima input dan mengubah melalui proses tranfomasi untuk
                                                        menghasilkan output.
                                              ii. Teori kontinjensi.
                                                     Teori ini juga dikenali sebagai teori situasi.
                                                     Mengikut sistem ini  tiada satu pendekatan yang  terbaik yang boleh digunakan untuk semua
                                                      situasi.
                                                     Pengurusan adalah bergantung kepada faktor kontingensi organisasi (Faktor dalaman dan faktor
                                                      luaran organisasi).
                                                     Pengurus perlu mengenalpasti  ciri-ciri sesuatu situasi dahulu sebelum memilih teknik atau kaedah
                                                      atau pendekatan pengurusan yang bersesuaian berdasarkan kepada perubahan persekitaran.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 149
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15