Page 115 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 115

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                            Maksud Syarat Tersirat
                                              Satu stipulasi utama /penting kepada maksud kontrak .
                                              Syarat ini tidak dinyatakan secara jelas dalam kontrak tetapi wujud dan diandaikan diketahui oleh semua
                                               pihak yang berkontrak.
                                              Perlanggaran syarat boleh menyebabkan kontrak boleh ditamatkan dan boleh tuntut gantirugi

                                            Perbezaan Syarat Tersurat dan Tersirat

                                             Aspek        Syarat Tersurat                          Syarat Tersirat
                                             Perbezaan

                                                                                                   Syarat/perkara  utama  yang  tidak  dinyatakan
                                                          Syarat/perkara  utama  yang  dinyatakan  dengan  jelas  dalam  kontrak  tetapi  diandaikan
                                             Maksud
                                                          secara jelas dalam kontrak               wujud dan diketahui oleh  pihak–pihak berkontrak
                                                                                                   / sedia maklum semasa berkontrak
                                                          Kontrak     pembelian    kereta   yang
                                                          mengandungi perjanjian tentang harga,  Kontrak  jualan  kereta  mempunyai  syarat  tersirat
                                             Contoh
                                                          jenis  kereta,  kaedah  pembayaran  dan  mengenai hakmilik, kualiti dan kelayakan
                                                          lain

                                            Jenis-jenis Syarat Tersirat/Termaklum
                                            1.  Syarat Tersirat  Mengenai Hak milik

                                                 Seksyen 14 (a) suatu syarat tersirat di pihak penjual, bahawa dalam kes suatu jualan, dia mempunyai
                                                   hak untuk menjual barang-barang dan bahawa dalam kes suatu persetujuan untukmenjual, dia akan
                                                   mempunyai hak untuk menjual barang-barang pada masa bila milikan itu berpindah;

                                                 Penjual  mesti    mempunyai  hak  untuk  menjual  pada  masa  hak  milik  barang  itu  berpindah  kepada
                                                   pembeli.  Ini  bermaksud  bahawa  penjual  mestilah  mempunyai  hak    milik  yang  sah  ke  atas  barang
                                                   sebelum menjual kepada pembeli.



                                                                                                                                           MUKA SURAT 254
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120