Page 118 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 118

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                   ii.  Barang bebas daripada cagaran atau bebanan .

                                                      “Barang-barang  hendaklah  bebas  daripada  apa-apa  caj  atau  bebanan    yang  memihak  kepada
                                                      mana-mana pihak ketiga yang tidak diisytiharkan atau diketahui pembelinya sebelum atau pada

                                                      masa kontrak itu dibuat” Seksyen 14 (c)

                  Sabri Hj Husssin ,                  Iaitu barang mestilah bebas daripada cagaran, caj atau bebanan bagi mana-mana pihak ketiga yang
                  Pengenalan kepada                   tidak diberitahu kepada pembeli sebelum atau semasa kontrak dibuat
                      perniagaan
                                            2.  Keterangan
                                                  Segala barangan yang dijual hendaklah mempunyai maklumat dan keterangan barang yang jelas dan
                                                   mencukupi serta tiada sebarang kekeliruan yang wujud tentang  barang tersebut seperti jenis barang,
                                                   jaminan , harga , isikandungan dan sebagainya

                                            3.  Bebas daripada kesulitan
                                                  Barangan  yang  dibeli  hendaklah  bebas  daripada  sebarang  kesulitan  dam  masalah  termasuk  mudah
                                                   digunakan,  tidak  rosak  pada  kegunaan  pertama,      jarak  masa  penggunaan    yang  sesuai,  tidak
                                                   menyebabkan bahaya kepada pengguna dan sebagainya.

                                            4.  Boleh guna
                                                  Barangan  yang  dijual  mestilah  boleh  guna  pada  masa  pembelian  kecuali  jika  ia  telah  dijelaskan
                                                   terlebih dahulu.

                                            5.  Mutu
                                                  Kualiti  barang    pula  mesti  bersesuaian  dengan  tujuan  penggunaan  dan  selamat  digunakan.  Barang
                                                   juga mesti mempunyai kualiti boleh dagang.







                                                                                                                                           MUKA SURAT 257
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123