Page 119 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 119

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             Kes-kes Rujukan                1.  Low Kar Yit lwn Mohd. Isa & Anor (1963) MLJ165


                                                 i.   Elemen Perkaitan kes
                                                         Kes ini berkaitan Perjanjian Jualan Tanah.
                                                 ii.   Isu Utama kes
                                                         Adakah wujud kontrak jualan tanah diantara plantif dan defenden

                                                iii.   Fakta Kes
                                                        Kes ini berkaitan dengan perjanjian jualan. Low Kar Yit merupakan plantif dan Mohd. Isa
                                                          adalah defendan. Pada tahun 1961 Mohd.Isa bersetuju menjual tanah nya kepada Low Kar Yit.
                                                          Tanah tersebut merupakan tanah hak milik bumiputra.
                                                        Dalam perjanjian tersebut, pihak defenden setuju menjual tanah tersebut sekiranya  pihak
                                                          pantif melakukan dua perkara iaitu menukarkan hakmilik tanah itu kepada tanah bebas dan
                                                          membuat satu surat perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
                                                        Plantif kemudiannya telah mendapat kelulusan dari pihak Mahkamah Tinggi untuk
                                                          menukarkan syarat hakmilik tanah dan menyediakan dokumen perjanjian tersebut.
                                                        Malangnya defenden gagal menandatangani kontrak penjualan tanah kerana tidak setuju
                                                          dengan dokumen perjanjian tersebut.

                                                        Plantif mengambil langkah perbicaraan tentang perkara-perkara spesifik dan kerugian atas
                                                          tindakan defenden yang mungkir janji.

                                             iv.   Keputusan Mahkamah

                                                     Mahkamah  memutuskan  tidak  wujud  lagi  sebarang  kontrak  kerana  defenden  tidak  pernah
                                                      menandatangani  sebarang  kontrak  dan  plantif  tidak  berjaya  mendapat  gantirugi  atas  tuntutan
                                                      perlaksanaan spesifiknya.





                                                                                                                                           MUKA SURAT 258
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124