Page 110 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 110
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Keputusan Mahkamah:
Mahkamah memutuskan bahawa isu bayaran RM500 tidak disebut dalam perjanjian dan ia tidak
boleh dikuatkuasakan dan kedua-dua pihak perlu mengemukakan bukti lebih lanjut lagi bagi isu
pemilikan filem positif.
Plantif tidak perlu membayar sejumlah wang tersebut kerana tidak termasuk dalam perjanjian dan
kedua-dua pihak perlu kemukakan bukti masing-masing untuk menentukan hakmilik filem positif
tersebut.
3. Murugesu lwn. Nadarajah (1980)2MLJ22
i. Elemen Perkaitan kes
Kes ini berkaitan dengan elemen penting balasan dan perjanjian dalam kontrak
ii. Isu Utama kes
Defenden memohon mahkamah membatalkan kontrak penjualan rumah kepada plantif yang
merupakan penyewa rumah tersebut
Adakah wujud kontrak antara plantif dan defenden atas kontrak yang tiada unsur balasan
iii. Fakta Kes
Murugesu ( defenden) telah bersetuju menjual rumah kepada Nadarajah (plantif) yang juga
merupakan penyewa rumah tersebut dengan harga RM26,000.
Perjanjian dibuat secara bertulis di atas sehelai kertas sahaja.
Apabila tiba masanya, defenden enggan menjual rumah tersebut atas alasan kontrak tidak wujud
sebab tiada unsur balasan yang diberi.
Plantif memohon mahkamah mengeluarkan perintah pelaksanaan spesifik bagi kontrak tersebut
kerana ia menganggap perjanjian telah wujud.
MUKA SURAT 249

