Page 111 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 111

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                               iv.  Keputusan Mahkamah

                                                     Mahkamah  memutuskan  bahawa  balasan  terhadap  kontrak  telah  wujud  kerana  sesuatu  balasan
                                                      boleh terdiri daripada janji secara bersama yang telah dibuat dan alasan pihak defenden bahawa
                                                      kontrak tidak wujud adalah tidak berasas.



                                            4.  Tan Swee Hoe Co. Ltd. Lwn. Ali Hussain Bros.(1980) 2MLJ16

                                               i.  Elemen Perkaitan kes
                                                     Kes ini berkatan dengan perjanjian lisan yang dibuat semasa berkontrak untuk menyewa tanah

                                               ii.  Isu Utama kes
                                                     Bolehkah perjanjian lisan diterima walaupun perjanjian bertulis tidak konsisten dengan perjanjian
                                                      lisan yang telah dipersetujui.

                                               iii.  Fakta Kes
                                                     Kes ini berkaitan dengan satu  perjanjian  yang telah dibuat   secara lisan di  antara seorang tuan
                                                      tanah(plantif) dan penyewa (responden).
                                                     Tuan tanah tersebut secara lisan telah berjanji membenarkan responden bermastautin di premisnya
                                                      selama yang diingini. Satu perjanjian bertulis telah dibuat, untuk menaikan sewa.
                                                     Responden enggan bayar dan diarahkan keluar dari tanah tersebut. Responden tidak setuju kerana
                                                      perjanjian bertulis yang dibuat  tidak mengambil kira perjanjian lisan.
                                                     Plantif akhirnya mendakwa responden di mahkamah atas sebab-sebab tertentu.

                                               iv.  Keputusan Mahkamah:
                                                     Hakim menetapkan yang responden hanya boleh tinggal di premis tersebut selama 28 tahun sahaja
                                                      dengan bayaran RM293.40 sebagai sewa bulanan.
                                                     Perjanjian  lisan  adalah  sah  apabila  perjanjian  tersebut  mendorong  sesuatu  pihak  untuk
                                                      memasukinya dan boleh mengatasi mana-mana perjanjian bertulis yang bertentangan dengannya.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 250
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116