Page 114 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 114
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Jenis Barangan
Seksyen 6(1) Akta Jualan Barangan 1957 barang-barang dikelaskan kepada dua jenis;
i. Barang-barang sedia ada/barang yang ada (existing gooods)
Barang yang ada dipunyai/ dimiliki oleh penjual dan telah disimpan oleh penjual
Contohnya barangan keperluan harian yang dijual di kedai runcit atau barang-barang yang dijual
di pasaraya.
Terbahagi kepada:
a. Barang-barang tertentu
‘barang-barang yang dikenalpasti dan dipersetujui pada masa suatu kontrak jualan dibuat’
b. Barang Belum ditentukan
‘barang yang belum ditentukan dan dipersetujui pada masa kontrak jualan dibuat.’
ii. Barang masa hadapan/barang-barang hadapan (future goods)
“Barang-barang untuk dikilang atau dihasilkan atau diperolehi oleh penjual seleaps kontrak jualan
dibuat”
Barang yang dihasilkan oleh penjual selepas kontrak jualan dibuat dan ditandatangan.
Contohnya pembelian rumah yang sedang dalam pembinaan atau tempahan pembelian kereta.
c) Membezakan syarat- Maksud Syarat dan syarat Tersurat
syarat tersurat dan Syarat ialah suatu janji yang penting kepada maksud utama kontrak, jika mungkir memberikan suatu hak
tersirat untuk menganggap kontrak itu sebagai ditolak. (Sekyen 12, (2))
Satu stipulasi utama kepada maksud kontrak atau perkara utama yang dinyatakan dalam kontrak.
Syarat tersurat ialah syarat yang dinyatakan dan ditulis dengan jelas dalam kontrak serta dipersetujui
Akta Jualan Barangan 1957 dalam kontrak
(Akta 382)
ILBS
MUKA SURAT 253

