Page 116 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 116
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Syarat Tersirat Mengenai Jualan melalui perihalan
Sekyen 15 “..terdapat suatu syarat tersirat bahawa barang-barang itu hendaklah bersamaan dengan
perihalan dan, jika jualan itu melalui contoh juga perihalan, ia tidak mencukupi bahawa kuantiti
barang-barang bersamaan dengan contoh jika barang-barang juga tidak bersamaan dengan
perihalan.”
Barangan yang dijual berdasarkan deskripsi dan perihalan melalui risalah, katalog, iklan dan
majalah, mestilah secocok ataupun sama dengan apa yang dinyatakan dengan deskripsinya.
3. Syarat Tersirat Mengenai Kualiti dan kelayakan (Seksyen 16)
Tidak ada waranti atau syarat tersirat berkaitan dengan kualiti atau kelayakkan bagi apa-apa maksud
tertentu bagi barang-barang yang dibekalkan dibawah sesuatu kontrak jualan kecuali;
i. Pembeli secara nyata atau tersirat memberitahu penjual maksud tertentu bagi barang-barang yang
diperlukan, untuk menunjukkan bahawa pembeli bergantung kepada kepakaran atau
penghakiman penjual, dan barang-barang adalah daripada perihalannya dalam perjalanan urusan
penjual untuk membekalkan
ii. Kualiti boleh dagang - Dengan syarat jika pembeli telah memeriksa barang-barang itu, dan
sebarang kecacatan yang dalam pemeriksaan itu patut didedahkan.
4. Syarat Tersirat Mengenai Jualan melalui contoh dan sampel
Seksyen 17(2) Dalam kes suatu kontrak untuk menjual melalui contoh terdapat suatu syarat
tersirat—
(a) bahawa kuantiti hendaklah bersamaan dengan contoh dalam kualiti;
(b) bahawa pembeli hendaklah mempunyai peluang munasabah bagi membandingkan kuantiti
dengan contoh;
(c) bahawa barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa kecacatan yang menjadikannya
tidak boleh dagang yang mungkin tidak kelihatan pada pemeriksaan munasabah bagi contoh.
MUKA SURAT 255

