Page 148 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 148
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(c) Menjelaskan Intranet dalam organisasi.
kegunaan intranet Intranet ialah menggunakan satu sistem perhubungan dalaman sebagai satu rangkaian maklumat korporat
dalam organisasi yang dapat menghubungkan antara staf.
Intranet boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan cepat
kepada stafnya dan juga maklumat tersebut tidak boleh dicapai oleh pihak diluar organisasi.
Kegunaan intranet dalam organisasi
1. Komunikasi dalaman yang lebih baik.
Maklumat boleh disimpan dan diakses pada bila bila masa mengikut kesenangan kakitangan organisasi
2. Keselamatan data.
Setiap pengguna rangkaian akan dibekalkan dengan kata laluan yang berbeza untuk memastikan
keselamatan data organisasi terjamin.
3. Pengurangan penggunaan kertas.
Penggunaan intranet boleh membantu mengurangkan aktiviti cetakan yang melibatkan penggunaan
banyak kertas.
4. Menjimatkan masa.
Semua maklumat dapat disampaikan secara serentak dalam masa yang sama kepada semua kakitangan
dalam sesebuah organisasi.
Kebaikan pengunaan intranet.
1. Dapat meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
2. Dapat menjimatkan masa
3. Komunikasi antara bahagian dalam organisasi menjadi lebih mudah
4. Mengurangkan kos pembiayaan penyampaian maklumat
5. Dapat memajukan budaya organisasi
6. Dapat menyebarkan maklumat yang baharu dengan mudah dan cepat.
Kelemahan Intranet
1. Maklumat yang salah atau tidak sesuai akan menyebabkan kerja tidak efesyien.
MUKA SURAT 287

