Page 18 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 18
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iii) Membentuk Alternatif-Alternatif Tindakan.
Menyenaraikan tindakan alternatif yang akan diambil bagi mencapai objektif perniagaan.
Pengurus boleh memikirkan alternatif tindakan dengan mengkaji kekuatan dan kelemahan
perniagaan serta menganalisis peluang dan ancaman dari persekitaran.
Contohnya, syarikat ingin merancang berapakah target jualan pada tahun hadapan. Pada tahun lalu
keadaan ekonomi tidak menentu dan pasaran jatuh ke paras yang minima. Syarikat hanya mendapat
hasil RM 5 juta. Tetapi tahun depan ekonomi dijangka stabil dan keadaan pasaran diramal
meningkat. Bagi senario di atas, pengurus boleh menyediakan berbagai alternatif matlamat dan
strategi rancangan. Diantaranya adalah:
Alternatif 1: Target jualan tahun depan adalah RM 5 juta. Strategi perniagaan tidak melibatkan promosi
intensif sebab produk sudah dikenali dipasaran.
Alternatif 2: Target jualan tahun depan adalah RM 10 juta. Kawasan pasaran diperluaskan. Strategi
perniagaan melibatkan promosi yang intensif terutama bagi kawasan pasaran baru.
iv) Menilai Alternatif
Menilai kelebihan dan kelemahan setiap alternatif Setelah alternatif-alternatif perancangan dibentuk,
maka langkah seterusnya adalah untuk menilai kemungkinan kejayaan setiap alternatif perancangan
tersebut.
Penialaian boleh dibuat berdasarkan keupayaan syarikat dan juga mengambil kira kelemahan syarikat.
v) Memilih Alternatif Tindakan.
Setelah mempertimbang dan menilai setiap alternatif rancangan, pengurus bolehlah menyusun alternatif
rancangan tersebut mengikut keutamaannya.
Setelah itu, pilihlah alternatif rancangan yang terbaik yang boleh memberi kejayaan kepada syarikat.
MUKA SURAT 157

