Page 14 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 14

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             6.3  Perancangan
             6.3.1 Jenis-jenis              Mentakrifkan maksud perancangan
                  Perancangan                 Perancangan adalah proses penilaian persekitaran organisasi bagi membentuk matlamat dan menyediakan
                                              pelan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.
                  a)  Mentakrifkan
                     maksud                 Kepentingan perancangan
                     perancangan  dan       1.  Memahami persekitaran organisasi.
                     menjelaskan               Perancangan dapat memberi tahu pengurus tentang faktor-faktor yang akan mempengaruhi keberkesanan
                     kepentingannya.            organisasi perniagaan seperti persaingan, politik, teknologi dan sebagainya.
                     pengurusan.               Pengurus  juga  dalam  hal  ini  boleh  melihat  dan  menjangkakan  peluang  dan  memahami  ancaman
                                                perniagaan.
                     Daft (2010)               Kekuatan  dan  kelemahan  syarikat  juga  dapat  diketahui.    Pengurus  dalam  hal  ini  boleh  menyusun
                                                keutamaan terhadap strategi dan pendekatan syarikat bagi menghadapi persekitaran yang tidak menentu
                                                dan berisiko.

                                            2.  Menyediakan halatuju organisasi.
                                               Perancangan melibatkan penetapan matlamat.
                                               Strategi syarikat akan dibentuk bagi mencapai matlamat.
                                               Setiap aktiviti kerja yang akan dibentuk juga menjurus kearah pencapaian matlamat.

                                            3.  Panduan membuat keputusan.
                                               Matlamat  dan  tindakan  yang  dibentuk  dalam  perancangan  boleh  menjadi  panduan  dalam  membuat
                                                keputusan dalam sebarang isu atau masalah berhubung dengan perlaksanaan.
                                               Sebarang keputusan yang hendak dibuat haruslah berpandu kepada perancangan.

                                            4.  Menyelaras sumber.

                                               Perancangan membantu  pengurus mendapat dan menyelaras sumber-sumber organisasi seperti sumber
                                                manusia, bahan mentah, kewangan, peralatan dan sebagainya agar ia dapat digunakan dengan lebih cekap
                                                dan berkesan.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 153
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19