Page 15 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 15
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Perancangan yang baik akan memastikan sumber-sumber bagi menjalankan aktiviti organisasi tersedia
dan mencukupi mengikut keutamaan dan keperluan mencapai matlamat organisasi.
5. Menyelaras aktiviti kerja.
Perancangan dapat membantu dalam merancang dan menyelaras aktiviti kerja dengan pekerja dalam
syarikat terutamanya bagi fungsi pengurusan yang berbeza.
Contohnya adalah penyelarasan aktiviti antara fungsi pemasaran dengan kewangan. Umpamanya,
jabatan pemasaran berorientasikan jualan; manakala matlamat jabatan kewangan untuk mengurus wang
dengan berkesan.
6. Memahami aktiviti lalu.
Pengurus juga dapat memahami faktor-faktor pada masa lalu yang memberi kesan kepada kejayaan dan
kegagalan syarikat. Dengan ini syarikat akan lebih berhati-hati dalam merancang dan melaksanakan
operasinya.
7. Sebagai alat kawalan.
Perancangan merupakan standard yang telah ditetapkan untuk diikuti atau dicapai.
Dengan adanya perancangan, kerja-kerja pemantauan dan pengawalan dapat dilakukan.
Pada masa yang sama, penilaian terhadap prestasi pekerja dan pengurus dapat dijalankan.
b) Menjelaskan jenis Jenis-jenis perancangan.
perancangan 1. Jangka masa.
mengikut jangka i. Rancangan jangkamasa pendek
masa, kegunaan, dan Biasanya kurang dari satu tahun.
peringkatnya Pihak pengurusan bawahan pula akan membentuk aktiviti jangka pendek mengikut tahunan bagi
(strategik, taktikal, organisasi.
dan operasi);
Rancangan ini dikenali juga sebagai rancangan operasi.
MUKA SURAT 154

