Page 13 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 13

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                 Kemahiran ini membolehkan pengurus berkerja sama dengan pekerja dalam satu pasukan kerja.
                                                 Pengurus bukan sahaja  berinteraksi  dengan pekerja malah dengan  rakan sekerja dan semua pihak
                                                   yang berkaitan dalam organisasi.  Pengurus juga akan terlibat dalam berinteraksi dengan pihak luar
                                                   syarikat seperti pelanggan, pembekal dan sebagainya.

                                            3. Kemahiran Teknikal
                                                 Kemahiran  teknikal  merujuk  kepada  keupayaan  dan  kecekapan  pengurus  untuk  memahami  dan
                                                   menggunakan teknik, kaedah, peralatan dan prosedur tertentu dalam pekerjaan.
                                                 Penggunaan mesin dalam pengeluaran umpamanya memerlukan kemahiran ini.
                                                 Kemahiran  teknik  ini  adalah  diperlukan  bagi  tujaun  mengoperasi  mesin  dan  peralatan  serta
                                                   penggunaan prosedur dan kaedah melakukan kerja.

                                            4.  Kemahiran Masa
                                                 Merujuk kepada penggunaan masa oleh pengurus secara cekap dan berkesan dalam merancang dan
                                                   melaksanakan aktiviti kerja.
                                                 Kemahiran menyusun tugasan atau kerja mengikut keutamaan
                                                 Kemahiran  bekerja  secara  berkesan  dan  mengagihkan  tugasan  dan  kerja  secara  tersusun  dan
                                                   berjadual.

                                            5.  Kemahiran Pembuatan Keputusan
                                                 Kemahiran  pengurus  memahami  dan  menganalisis  masalah,  membentuk  alternatif-alternatif
                                                   penyelesaian dan memilih alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut.

                                                 Pengurus  peringkat  atasan  terlibat  dalam  membuat  keputusan  yang  besar  berhubung  dengan
                                                   perancangan strategik organisasi.
                                                 Mereka  harus  memiliki  kemahiran  konseptual  dan  analitikal  bagi  memahami  persekitaran  dan
                                                   meramalkan perubahan dalam persekitaran.



                                                                                                                                           MUKA SURAT 152
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18