Page 30 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 30
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Penjabatanan
Mengelompokkan manusia dan kerja-kerja dalam satu unit kerja.
Pendekatan klasikal organisasi menyatakan aktiviti dalam organisasi dipecahkan kepada
pengkhususan atau menjadi tugas-tugas yang kecil dan spesifik.
Contohnya, seseorang pekerja mungkin akan diberi tugas atau kerja secara khusus mengikut
kemahiran yang dimilikinya (pengkhususan kerja). Tugas-tugas ini perlu dikelompokan mengikut
fungsi-fungsi tertentu bagi memudahkan kordinasi dan pengawalan.
Jenis-jenis penjabatanan (struktur organisasi) yang digunakan oleh organisasi adalah penjabatanan
mengikut fungsi, divisyen dan matrik.
i) Penjabatanan Mengikut Fungsi
Merujuk kepada mengelompokkan pekerja yang mempunyai kemahiran yang sama ke dalam
fungsi khusus yang berkaitan dengan kemahiran mereka.
Penjabatan mengikut fungsi ini adalah sesuai bagi digunakan oleh perniagaan kecil atau
sederhana dan perniagaan yang beroperasi dalam persekitaran yang stabil.
Contohnya, pekerja yang mahir dalam penjualan, promosi, hubungan pelanggan dan
sebagainya di kelompokkan ke dalam fungsi pemasaran; pekerja yang mahir tentang akaun,
simpan kira, belanjawan di kelompokkan ke dalam fungsi kewangan.
Antara Kelebihan penjabatanan mengikut fungsi:
1. Menggalakkan perkembangan kemahiran (kepakaran) dalam satu bidang khusus sahaja.
2. Kerja yang dilakukan lebih cekap kerana penumpuan satu bidang sahaja.
3. Dapat memberi peluang kepada penyelia dan subordinat berkongsi kemahiran.
4. Penyelesaian masalah lebih cekap kerana pekerja lebih mahir dalam bidang mereka.
Kelemahan penjabatanan mengikut fungsi:
1. Pekerja lebih mementingkan jabatan mereka.
2. Pengetahuan pekerja dalam fungsi atau bidang lain tidak dapat dikembangkan.
3. Komunikasi antara jabatan atau fungsi yang berbeza adalah kurang.
4. Mudah berlaku konflik antara jabatan atau fungsi yang berbeza.
MUKA SURAT 169

