Page 43 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 43
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contohnya, autoriti bahagian sumber manusia . Pengurus yang memegang autoriti ini berhak dalam
melakukan aktiviti-aktiviti seperti mengambil pekerja, memecat pekerja, menilai prestasi pekerja dan
memberi ganjaran kepada pekerja di bawah seliaan mereka.
Autoriti staf
Merujuk kepada pengurus yang mempunyai kepakaran untuk menasihat dan membantu pengurus lini
dan lain-lain pengurus dalam organisasi.
Autoriti staf menyediakan pengkhususan kepakaran tetapi tidak secara terus menyumbang kerja
mereka bagi mencapai matlamat organisasi.
Pengurus staf membantu dan menasihati pengurus lini dalam hal-hal tertentu dalam lengkongan
kepakaran mereka.
Contoh pengurus staf adalah seperti juruaudit syarikat, pegawai undang-undang syarikat dan pengurus
sumber manusia yang terlibat dalam menasihati kewangan syarikat, perundangan, dan keperluan dan
peraturan pekerja.
vii) Jangkauan Kawalan
Jangkauan kawalan menunjukkan bilangan pekerja yang melaporkan kerjanya secara terus kepada
seorang pengurus.
Terdapat dua bentuk jangkauan kawalan ia itu jangkawan kawalan yang lebar dan jangkauan kawalan
yang sempit.
1. Jangkauan kawalan yang lebar menunjukkan ramai subordinat melaporkan kerja mereka
kepada seorang ketua tertentu.
2. Jangkauan kawalan yang sempit menujukkan hanya beberapa orang subordinat di bawah
penyeliaan
seorang ketua sahaja.
MUKA SURAT 182

