Page 42 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 42

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                  3.  Meningkatkan penglibatan dan pengalaman baru.
                                                  4.  Menjimatkan masa pengurus dan pengurus dapat membuat kerja yang lebih penting.

                                                  Kelemahan dan halangan dalam penugasan autoriti ialah:
                                                  1. Penyalahgunaan autoriti oleh subordinat
                                                  2.  Masalah untuk mengawal kemajuan kerja
                                                  3.  Subordinat kurang sesuai dan tiada kebolehan/ pengalaman
                                                  4.  Pengurus terpaksa mengambil masa dalam menerangkan tugas untuk penugasan

                                            v) Empowermen
                                                 Merujuk  kepada  ialah  pemberian  kuasa,  autoriti  dan  tanggungjawab,  subordinat  untuk  membuat
                                                  keputusan dalam melaksanakan tugasnya.
                                                 Ia  juga  bermaksud  delegasi  tanggungjawab  untuk  membuat  keputusan  serta  penurunan  kuasa  yang
                                                  terkawal.

                                                  Kebaikan empowermen ialah :
                                                  1.  Dapat meningkatkan kualiti serta produktiviti dan akhir sekali dapat mengurangan kos.
                                                  2.  Menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan staf.
                                                  3.  Dapat meningkatkan motivasi dan kesungguhan serta kepuasan dalam melakukan kerja.

                                            vi)  Autoriti Lini dan Autoriti Staf
                                               Autoriti lini
                                                 Merujuk autoriti formal yang memberikan hak  kepada pengurus untuk mengarah dan mengawal kerja
                                                  subordinat.
                                                 Ia  menerangkan  autoriti  yang  berhubung  secara  langsung  dengan  aktiviti  utama  syarikat  yang
                                                  menyumbangkan kepada pencapaian matlamat organisasi.
                                                 Garisan hitam dalam carta organisasi yang menyambung pihak atas hirerki organisasi dengan pihak di
                                                  bawah mereka menggambarkan autoriti lini.  Ia menunjukan hubungan ketua dengan subordinat.
                                                 Pengurus  yang  memegang  autoriti  lini  sebagai  pengurus  lini.    Pengurus  lini  bertanggung  jawab
                                                  menyumbang (aktiviti kerja) secara terus kepada pencapaian matlamat organisasi.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 181
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47