Page 41 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 41
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kakitangan bawahan diberi peluang untuk membuat keputusan dalam sesuatu isu tertentu. Autoriti
yang diturunkan pengurus atasan atau jabatan kepada pekerja bawahan dalam lengkongan had
tertentu berdasarkan keperluan dan kepakaran individu. Individu yang diberi autoriti akan
menggunakannya bagi menyelesaikan masalah kerja.
Kelebihan pemencaran autoriti kepada organisasi adalah seperti berikut:
1. Mengurangkan beban tugas pengurus atasan
2. Keputusan dibuat diperingkat bawah adalah lebih dekat dengan perlaksanaan dan lebih
3. berkesan kerana mereka terlibat dalam perlaksanaan kerja.
4. Meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja .
5. Menghindarkan karenah birokrasi.
Kelemahan pemencaran autoriti adalah seperti berikut:
1. Tidak semua pekerja yang sanggup menerima pemencaran autoriti
2. Pekerja yang menerima pemencaran mungkin menyalahgunakan kuasa
3. Pengurus tidak rela melakukan pemencaran kerana kerja berkenaan masih dibawah tanggungjawab
pengurus. Jika gagal maka pengurus terpaksa menanggung kegagalan tersebut.
v) Penugasan Autoriti
Merujuk kepada proses penyerahan tanggungjawab dan autoriti kepada subordinat untuk melaksanakan
tugas tertentu.
Antara panduan kepada pengurus untuk menjalankan penugasan autoriti yang efektif.
1. Pilih subordinat/pekerja yang sesuai untuk diberikan penugasan autoriti.
2. Mengenalpasti tugas-tugas yang akan terlibat dalam penugasan autoriti.
3. Membentuk objektif dan standard kerja yang dipersetujui bersama.
Kelebihan penugasan autoriti ialah:
1. Mengurangkan beban tugas pengurus.
2. Meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja.
MUKA SURAT 180

