Page 56 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 56

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                         3.  Keperluan sosial.
                                               Keperluan ini berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap seseorang individu.
                                               Keperluan ini akan diusahakan apabila keperluan fisiologi dan keselamatan sudah dicapai.
                                               Manusia tidak dapat hidup sendiri.  Ia memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu untuk
                                                berinteraksi.
                                               Implikasi kepada organisasi dimana pekerja di dalam organisasi akan dikelompokkan mengikut
                                                     kepakaran  dan mereka diberi peluang untuk berinteraksi antara ahli kumpulan mereka.
                                               Mereka memerlukan rakan untuk bercakap, berbincang dan meluahkan masalah dari seluruh aspek
                                                hidup mereka.
                                               Sebahagian syarikat menyediakan kelab atau persatuan dan mengadakan aktiviti sukan, riadah dan
                                                     sebagainya bagi membolehkan pekerja berinteraksi antara satu sama lain.

                                         4.  Keperluan Penghargaan.

                                               Menurut Maslow keperluan ini akan diburui setelah ketiga-tiga keperluan terdahulu tercapai.
                                               Pekerja  berusaha kuat dan mempunyai motivasi dalaman akan lebih mudah mencapai tingkat keperluan
                                                ini.
                                               Keperluan ini berkaitan dengan penghargaan diri, penghormatan, status dan sebagainya.
                                               Implikasi dalam syarikat adalah keperluan ini dapat dicapai oleh pekerja sekiranya mereka diberi
                                                peluang dalam kenaikan pangkat, penghargaan kerja, surat pujian, ganjaran untuk pekerja terbaik,
                                                kenaikan gaji dan lain-lain ganjaran.

                                         5.  Keperluan Pencapaian Hasrat Diri.
                                               Keperluan ini adalah keperluan terakhir yang akan dipenuhi oleh manusia setelah keperluan lain
                                                tercapai.
                                               Keperluan ini berkaitan dengan penggunaan potensi diri atau bakat, kreativiti, kebebasan mencipta atau
                                                melaksana.
                                               Implikasinya, pekerja yang ingin memenuhi keperluan ini dipengaruhi oleh motivasi dalaman yang kuat.
                                               Pekerja seperti ini suka kepada pekerjaan yang mencabar, berorientasi pencapaian, kreativiti, inovatif
                                                dan bercita-cita tinggi.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 195
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61