Page 79 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 79

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                    dapat menghasilkan proses kerja yang seragam.
                                                  Setiap unit atau bahagian perlu mempunyai prosedur kerja yang seragam supaya dapat menyokong
                                                    dasar organisasi.

                                         2.  Kawalan Luaran
                                            a.  Audit Luar
                                               Merujuk kepada kerja-kerja audit yang dilakukan oleh juruaudit profesional atau akauntan bertauliah yang
                                               dibayar oleh organisasi secara kontrak.
                                               Peranan:
                                                 Menyemak  dan  menilai  audit  yang  dilakukan  oleh  audit  dalaman  bagi  memastikan  kerja  audit
                                                   dipatuhi.
                                                 Memastikan pematuhan organisasi dalam tatacara pengawalan luaran organisasi.
                                                 Berperanan sebagai penyemak semula kerja-kerja audit yang dilakukan oleh juru audit dalaman.
                                                 Memastikan kebolehpercayaan perakauanan dan menilai mutu prestasi perniagaan.
                                                 Melaporkan kerja-kerja audit kepada pihak pengurusan atasan.
                                                 Memperakukan  audit  perakaunan  untuk  kegunaan  pihak  ketiga,    seperti  kerajaan  untuk  tujuan
                                                   pentaksiran percukaian.

                                            b. Peraturan
                                               Merujuk  kepada  satu  set  undang-undang  kecil  yang  terdapat  dalam  sesebuah  organisasi  bertujuan
                                               menentukan  keharmonian,  ketenteraman  dan  memastikan  kelancaran  aktiviti  yang  dirancang  didalam
                                               sesebuah organisasi.
                                               Peranan:
                                                 Akan mengikat ahli-ahli dalam organisasi mematuhinya

                                                 Membentuk sikap atau disiplin yang positif dalam kalangan ahli organisasi.
                                                 Menentukan hukuman yang setimpal untuk setiap ahli dalam organisasi yang tidak patuh terhadap
                                                   peraturan yang telah ditetapkan.
                                                 Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam setiap kalangan ahli sesebuah organisasi.


                                                                                                                                           MUKA SURAT 218
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84