Page 80 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 80

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                            c.   Undang-Undang
                                                Merujuk  kepada  peraturan-peraturan  yang  termaktub  yang  telah  dibentuk  dan  ditetapkan  oleh
                                                sekumpulan masyarakat untuk mengawal kelakuan anggota masyarakat itu sendiri.
                                                Contohnya undang-undang perkongsian, undang-undang syarikat, undang-undang alam sekitar.
                                                Peranan;
                                                 Satu garis panduan yang dicipta khas untuk dipatuhi oleh semua golongan yang mendiami sesuatu
                                                   kawasan.
                                                 Memastikan agar organisasi mematuhi undang-undang untuk kepentingan masyarakat keseluruhan

             6.6.2  Proses kawalan
                  c) Menjelaskan         Proses  Kawalan
                     proses kawalan      1.   Menetapkan  Standard
                     iaitu menetapkan        Standard merujuk kepada tahap prestasi yang diharapkan untuk sesuatu matlamat.
                     standard,               Standard boleh jadi dalam standard input atau standard output.
                     mengukur                Standard input merujuk kepada prestasi kerja individu.
                     pencapaian,             Manakala standard output adalah merujuk kepada standard kuantiti, kualiti, kos, atau masa.
                     membandingkan           Contoh, syarikat  ABI merancang untuk  menjual 2 juta produk setahun  dan dijual  dengan harga RM 10
                     pencapaian              seunit.  Syarikat berharap untuk mendapat hasil sebanyak RM 20 juta (objektif).
                     dengan standard,
                     dan membuat         2.   Mengukur Pencapaian
                     langkah                 Mengukur pencapaian  adalah untuk mengukur prestasi sebenar perlaksanaan perancangan.
                     pembetulan;             Tujuan pengukuran adalah untuk mengukur dengan tepat prestasi hasil atau standard output yang dihasilkan
                                             dan prestasi pekerja.
                                             Contohnya, hasil jualan syarikat ABI adalah mencapai RM 18 juta dengan jualan sebanyak 2 juta produk.
                                             Ini  menunjukkan  matlamat  untuk  menjual  output  sebanyak  2  juta  unit  tercapai.    Tetapi,  syarikat  hanya
                                             mendapat hasil jualan sebanyak RM 18 juta iaitu RM 2 juta dibawah target yang hendak dicapai.

                                         3.   Membandingkan Pencapaian Dengan Standard
                                             Langkah  ketiga  adalah  membandingkan  prestasi  sebenar  yang  telah  diukur    dengan  standard  yang  telah
                                             dirancang.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 219
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85