Page 78 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 78

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                  b)  Membincangkan      Jenis kawalan
                      jenis kawalan
                      dalaman (audit     1.  Kawalan Dalaman
                      dalaman, dasar        a.  Audit Dalaman
                      organisasi, dan          Merujuk kepada kerja-kerja  pengauditan yang dilakukan oleh juruaudit dalam organisasi untuk kegunaan
                      prosedur kerja)          dalaman organisasi.
                      dan luaran (audit        Peranan:
                      luar, peraturan,           Menilai pengendalian akaun dalaman dan aktiviti penyimpanan stok.
                      dan undang-                Bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur atau tatacara kawalan diikuti dalam organisasi.
                      undang);                   Menentukan kebolehpercayaan amalan perakaunan dan menilai mutu prestasi pengurusan.
                                                 Menyediakan laporan audit dalaman untuk pengesahan audit luar.

                                            b.  Dasar Organisasi
                                               Merujuk kepada garis panduan  yang digunakan  oleh sekumpulan pekerja  yang berada dalam  sesebuah
                                               organisasi untuk melakukan aktiviti-aktiviti organisasi secara sistematik, efektif dan efesien agar matlamat
                                               organisasi dapat dicapai dengan berkesan.
                                               Peranan:
                                                  Untuk memastikan dasar dipatuhi agar visi, misi dan objektif organisasi dapat dicapai.
                                                  Memastikan pematuhan terhadap dasar supaya aktiviti berada dalam landasan yang betul.
                                                  Sebagai  rujukan  kepada  pekerja  berkaitan  kedudukan  mereka  dalam  organisasi  melalui  carta
                                                    organisasi.
                                                  Memastikan  supaya  setiap  dasar  organisasi  adalah  sama  dengan  dasar  yang  terdapat  pada  setiap
                                                    subsistem dalam sesebuah organisasi.

                                            c.  Prosedur Kerja
                                               Merujuk  kepada  tata  cara  yang  perlu  dilakukan  oleh  pekerja  dalam  membuat  aktiviti  seperti  membuat
                                               keputusan dan tindakan.
                                               Peranan:
                                                  Pekerja mesti mematuhi prosedur kerja supaya aktiviti kerja dapat dijalankan dengan sistematik dan


                                                                                                                                           MUKA SURAT 217
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83