Page 97 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 97
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Elemen penting penerimaan
1. Jelas, pasti dan tidak bersyarat (Seksyen 7a)
Penerimaan harus menepati terma tawaran dan jika wujud penerimaan bersyarat maka ia akan
membatalkan tawaran asal di namakan tawaran balas.
2. Dibuat secara biasa dan munasabah(Seksyen 7b)
Penerima tarawan dikehendaki membuat penerimaa dengan cara yang munasabah tetapi jika pembuat
tawaran telah menyatakan cara penerimaan yang dikehendaki, maka penerima tawaran berkewajipan
menunaikan cara tersebut.
3. Penerimaan mestilah dikomunikasikan (Seksyen 4)
Penerima tawaran mesti memberitahu kepada pembuat tawaran samada menerima tawaran itu atau
sebaliknya. Perbuatan mendiamkan diri tidak menunjukkan penerimaan di sisi undang-undang kerana
berdiam diri tidak dapat untuk melahirkan pertemuan minda yang menjadi asas hubungan kontrak
4. Penerimaan dalam jangkamasa yang munasabah
Sesuatu kontrak tidak akan terbuka selama-lamanya. Akta Kontrak 1950 sekyen 6 (a) “sesuatu
tawaran tidak akan luput jika penerimaan tidak akan dikomunikasi dalam masa yang munasabah
atau jika masa untuk penerimaan ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan.”
5. Penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya (Seksyen 4)
Ini bermaksud, sekiranya penerimaan tersebut tidak sampai kepada pengetahuan pembuat tawaran
sama ada dia sendiri tidak memberitahu akan penerimaannya ataupun sudah diberitahu tetapi tidak
sampai pemberitahuan tersebut kepada pembuat tawaran, penerimaan tersebut adalah tidak lengkap.
Walaubagaimanapun terdapat pengecualian bagi keadaan yang berikut:
i. Penerimaan dengan penunaian syarat (Seksyen 8)
Kontrak unilateral iaitu tawaran yang ditujukan kepada orang ramai dan penerimaan lengkap
sebaik sahaja penerima tawaran telah melaksanakan syarat-syarat tawaran tersebut.
MUKA SURAT 236

