Page 96 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 96

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                 Contohnya,  A  membuat  tawaran  untuk  menjual  mesin  jahit  jenama  Singer  dengan  harga  RM  400
                                                   kepada B. Dengan itu A telah membuat satu janji dengan niat  untuk terikat di sisi undang-undang
                                                   sekiranya B bersetuju menerima tawaran itu.

                                               Syarat Membuat Tawaran/ elemen penting
                                                 Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad iaitu perkara yang berkaitan dengan barang, tujuan, nilai
                                                  dan tempoh masa
                                                 Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu  iaitu kepada individu tertentu atau sekumpulan orang.
                                                 Tawaran perlu dibezakan daripada  pelawaan tawaran iaitu pelawaan tawaran ialah satu pernyataan
                 Shaik Mohd. Noor Alam            bahawa  seseorang  ingin  membuat  perundingan  tetapi  tidak  mahu  terikat  dengan  syarat  atau  terma
                 S.M. Hussain, (2002)             kontrak dalam perundingan tersebut.
                                                     Peragaan Barang Di Kedai Layan Diri.
                                                     Lelongan
                                                     Edaran dan Iklan
                                                     Jualan melalui katalog

                 Akta Kontrak 1950             Penamatan Tawaran / Cadangan (Seksyen 6)
                 (ILBS)                          Pembuat  tawaran  membatalkan  tawaran  sebelum  penerimaan  dibuat.  Contoh  A  bercadang  untuk
                                                  menjual  rumah  kepada  B.  A  boleh  membatalkan  cadangannya  pada  bila-bila`masa  sebelum  B
                                                  membuat penerimaan.
                                                 Penolakan tawaran oleh penerima tawaran
                                                 Luputnya waktu tawaran
                                                 Kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran

                                            2.  Penerimaan
                                               Menurut seksyen 2(b)Akta Kontrak 1950.
                                               “Penerimaan berlaku apabila orang kepada sesiapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan
                                               cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima: sesuatu cadangan bila diterima,
                                               adalah menjadi janji.”

                                                                                                                                           MUKA SURAT 235
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101