Page 98 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 98
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
ii. Kaedah pos terpakai (Seksyen 4 (2)(a))
Penerimaan lengkap sebaik sahaja penerima mengepos surat penerimaan tersebut.
iii. Jualan lelong
Abdul Aziz Hussin (2012) Penerimaan lengkap sebaik sahaja pelelong menjatuhkan tukul kayu.
3. Balasan
Menurut seksyen 2(d), Akta Kontrak 1950.
“ Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau
menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu maka
perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.”
Elemen penting balasan
1. Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik
Kedua-dua pihak berkontrak mesti mempunyai balasan masing-masing terhadap kontrak yang
dijalankan.
2. Balasan tidak semestinya berpadanan
Balasan yang diberikan oleh penerima tawaran tidak semestinya berharga dan mempunyai nilai yang
berpadanan dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat tawaran atas dasar persetujuan bersama.
3. Balasan semestinya sah di sisi undang-undang
Sesuatu balasan mesti sesuatu yang tidak bertentangan dengan undang-undang.
4. Balasan tidak semestinya datang dari penerima janji
Sesiapa sahaja boleh memberi balasan walaupun ia bukan pihak yang terlibat untuk kontrak tersebut.
5. Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
Balasan lampau adalah janji yang dibuat untuk membalas sesuatu perbuatan yang telahpun dilakukan
terdahulu.
MUKA SURAT 237

