Page 15 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 15

Suhu air juga faktor  yang mempengaruhi proses sejatan. Apabila  suhu air adalah tinggi,

               kadar sejatan akan meningkat.


               Tiupan angin yang panas  dan kering seperti angin Cinuk atau angin pada musim kemarau
               boleh meningkatkan suhu dan kadar sejatan. Jika angina lembap, kadar sejatan menjadi

               perlahan.


               Kelembapan udara juga mempengaruhi  proses sejatan.  Jika kelembapan udara rendah maka

               kadar sejatan akan meningkat.




                (b)   Bincangkan enam  kesan akibat sejatan yang rendah  terhadap alam sekitar fizikal.
                                                                                                                                                     [13]
               Rangka Jawapan
                       i.  kelembapan udara tinggi, suhu rendah
                       ii.  Sumber wap air kurang- Pembentukan awan sedikit- proses sejatan  dan
                          pemeluwapan rendah
                       iii.  Tanah lembap- air tanih banyak
                       iv.  luluhawa kimia giat-  udara lembap
                       v.  Kerpasan rendah- air larian permukaan rendah , kurang hakisan tanih
                       vi.  Tekanan udara tinggi- kekurangan hujan, suhu rendah
                       vii.    - Kesimpulan


               Cadangan Jawapan


               Terdapat beberapa  kesan akibat sejatan yang rendah terhadap alam sekitar fizikal. Antaranya

               ialah kelembapan udara menjadi tinggi dan suhu pada masa itu ialah rendah.


               Sejatan yang rendah juga mengakibatkan sumber wap air berkurangan. Oleh itu pembentukan

               awan sukar berlaku.


               Sejatan yang rendah juga menyebabkan tanah menjadi lembap kerana air tanah banyak.


               Selain itu, sejatan yang rendah juga membawa kesan iaitu kerpasan menjadi rendah. Oleh itu
               air larian permukaan rendah dan hakisan permukaan kurang berlaku.



               Tekanan udara menjadi tinggi akibat sejatan yang rendah kerana suhu adalah rendah.


                                                                                                       15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20