Page 14 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 14

4.   (a)   Huraikan enam   faktor yang mempengaruhi proses sejatan.       [12]

               Rangka Jawapan
                   i.    Luas Permukaan Air :  kawasan badan air besar spt laut dan tasik- kadar sejatan
                         tinggi kerana mempunyai jumlah air yang banyak.
                   ii.   Suhu Air :  suhu air  tinggi- kadar sejatan akan meningkat
                   iii.   Kelembapan Udara: kelembapan udara rendah (udara kering)- kadar sejatan akan
                         meningkat
                   iv.   Tiupan Angin:  tiupan angin yang panas dan kering seperti angin cinuk  atau angin
                         pada musim kemarau  boleh meningkatkan suhu dan kadar sejatan, angin lembap
                         dan perlahan- kadar sejatan perlahan
                   v.    Kawasan sejatan/ garis lintang : kawasan sekitar garisan khatulistiwa dan
                         beriklim panas  mempunyai kadar sejatan yang tinggi kerana pancaran matahari
                         terik dan suhu panas  sepanjang tahun, kawasan garis lintang pertengahan  dan
                         tinggi, suhu sentiasa sejuk dan  kadar sejatan rendah.
                   vi.   Kemasinan Air:  kandungan garam yang tinggi  dalam air menghalang proses
                         sejatan dan menyebabkan kadar sejatan menjadi  rendah.
                   vii.   Kekeruhan Air : Air keruh menyebabkan pancaran matahari  tidak sampai ke
                         dasar sungai atau tasik menyebabkan kadar sejatan menjadi rendah. Air jernih
                         menggalakkan kadar sejatan yang tinggi.
                   viii.  Kandungan  Lembapan Tanih: tanah yang mempunyai lembapan yang tinggi
                         mempunyai kadar sejatan  yang tinggi. Tanah yang kering kurang kadar sejatan
                         kerana kurang  kandungan lembapan dalam tanah


               Cadangan Jawapan


               Enam faktor yang mempengaruhi proses sejatan ialah luas permukaan air, kekeruhan air,

               kemasinan air, suhu air, tiupan angin dan kelembapan udara.


               Luas permukaan air boleh mempengaruhi  proses sejatan kerana kawasan badan air yang

               besar seperti laut dan tasik akan mempunyai kadar sejatan yang tinggi kerana mempunyai
               jumlah air yang banyak.


               Kekeruhan air juga boleh mempengaruhi proses sejatan.  Hal ini disebabkan air  yang keruh

               menyebabkan pancaran matahari  tidak sampai ke dasar sungai atau tasik.  Oleh itu kadar
               sejatan  menjadi rendah.



               Selain itu, kemasinan air juga menyebabkan kadar sejatan  menjadi rendah kerana kandungan
               garam yang tinggi dalam air menghalang proses sejatan.







                                                                                                       14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19