Page 12 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 12

hemisfera utara dan angin panas yang bergerak dari utara pula memindahkan bahangan panas

               ke kutub selatan. Kesannya, suhu persekitaran di kutub utara dan kutub selatan agak stabil dan
               tidak terlampau sejuk.





                       (b)  Sejauhmanakah faktor kebenuaan mempengaruhi taburan suhu mendatar diseluruh
                             dunia.                                                                                [15]

               Rangka Jawapan
                     i.   Daratan yang luas
                     ii.   Kedudukan garis lintang
                     iii.  Panjang siang dan malam
                     iv.  Pengaruh laut
                     v.   Aspek cerun
                     vi.  Pengaruh badan air
                     vii.  Litupan awan
                     viii.  Warna permukaan bumi
                     ix.  Litupan tumbuh-tumbuhan semulajadi
                     x.   Pengaruh ketinggian


               Cadangan Jawapan


               Faktor kebenuaan dalah faktor yang mempengaruhi taburan suhu mendatar di seluruh dunia.

               Kawasan yang mempunyai permukaan daratan yang luas seperti benua Asia dan benua Afrika
               mempunyai suhu yang bersifat melampau kerana pada masa pans, suhu adalah sangat panas

               manakan jika musim sejuk, suhu adalah sangat sejuk. Ini menyebabkan bezantara suhu  sangat
               tinggi. Selain daripada itu, kawasan benua yang luas juga dipengaruhi oleh angina cinuk yang

               kering boleh meninggikan lagi suhu.


               Walaubagaimanapun, terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi taburan suhu mendatar.

               Antaranya  ialah  kedudukan  garis  lintang  juga  mempengaruhi  taburan  suhu  mendatar.  Ini
               kerana sudut tuju matahari berbeza-beza mengikut garis lintang. Kawasan yang terletak di atas

               garis lintang rendah iaitu sekitar 23½ º Utara dan Selatan atau dikenali senagai kawasan tropika
               menerima  pancaran  matahari  yang  bersudut  tepat  iaitu  pemusatan  haba  yang  menumpu

               menyebabkan suhu di sini sentiasa panas. Sebaliknya kawasan yang terletak  di antara 23½ º

               hingga 90º atau ke arah kutub menerima pancaran matahari yang bersudut tirus atau menyerong
               iaitu pemusatan haba yang tersebar menyebabkan suhu lebih rendah.




                                                                                                       12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17