Page 16 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 16

Sejatan rendah pula menyebabkan luluhawa kimia menjadi giat. Hal ini disebabkan keadaan
               permukaan bumi yang lembap.


               Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa sejatan yang rendah akan membawa pelbagai kesan

               terhadap alam sekitar fizikal.  Walau bagaimanapun  perubahan terhadap alam sekitar fizikal

               juga akan  mempengaruhi kesejahteraan hidup manusia.




               5  (a) Huraikan tiga jenis hujan berikut :
                       i .  Hujan  Perolakan
                       ii.  Hujan  Orografik
                       iii. Hujan perenggan                                                                                                  [12]

               Rangka Jawapan
                   i.  Hujan Perolakan
                          a.  bahangan matahari menyebabkan sejatan dan udara panas .
                          b.  Apabila udara dan wap air menaik, akan sampai  ke takat embun dan mengalami
                              pemeluwapan .
                          c.  Ttitisan air daripada pemeluwapan membentuk  awan kumulunimbus .
                          d.  Titisan air yang tepu turun sebagai hujan perolakan yang disertai kilat dan petir

                   ii.  Hujan Orografik (Bukit)
                          a.  hujan terbentuk  di  kawasan tanah tinggi.Tiupan angin  atau udara  lembap di
                              halang banjaran gunung atau bukit.
                          b.  Wap air di paksa naik berlaku proses pemeluwapan.
                          c.  Titisan air dari pemeluwapan membentuk awan.Titisan air yang tepu turun
                              sebagai hujan.
                          d.  Angin tersebut menuruni cerun  membelakangi laut sebagai angin cinuk.

                   iii.  Hujan perenggan
                          a.  hujan yang terbentuk apabila angin panas bertembung dengan angin sejuk.
                          b.  Angin panas yang ringan naik ke atas dan angin sejuk pula ke bawah.
                          c.  Lembapan angin panas mengalami pemeluwapan membentuk awan.
                          d.  Titisan air yang tepu turun sebagai hujan perenggan.


               Cadangan Jawapan



               i .  Hujan  Perolakan

               Hujan perolakan ini berlaku apabila permukaan  bumi dipanaskan oleh bahangan matahari.
               Udara disebelah atasnya dipanaskan terlebih dahulu melalui proses perolakan haba. Proses



                                                                                                       16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21