Page 17 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 17

sejatan berlaku. Air di permukaan bumi akan berubah menjadi  wap dan mengembang apabila

               menjadi lebih ringan dan naik ke aras yang lebih tinggi. Udara yang telah dipanaskan tadi,akan
               naik  ke  lapisan  di  troposfera  secara  perolakan.Apabila  sampai  ke  paras  takat  embun  akan

               berlaku pemeluwapan, sebahagian daripada wap bertukar menjadi awan kumulus. Di paras
               yang lebih tinggi, ia menjadi awan kumulonimbus dan menjadi semakin  sejuk daripada awan

               di  sekelilingnya.  Bila  awan  ini  bertambah  besar  dan  berat,  ia  akan  turun  sebagai  hujan

               perolakan.Hujan ini turun lewat petang disertai kilat dan petir.


               ii.  Hujan  Orografik
               Hujan orografik atau hujan bukit bermula dengan tiupan angin lazim yang lembap melalui

               kawasan lautan yang dihalang oleh banjaran tanah tinggi seperti gunung atau bukit. Udara yang

               lembap yang dipaksa naik ke atas akan mengalami penurunan suhu secara adiabatik. Jisim
               udara yang tidak stabil ini akan mengalami pemeluwapan dan seterusnya membentuk awan

               kumulus.  Awan  kumulus  kemudian  akan  bertukar  menjadi  awan  kumulonimbus  apabila
               mendapat bekalan wap air yang banyak. Keadaan ini menghasilkan hujan yang lebat terhadap

               cerun  hadap  angin.  Kawasan  lindungan  hujan  kurang  menerima  hujan  kerana  kebanyakan
               hujan telah turun di cerun hadap angin. Angin ini dikenali sebagai angin  cinuk.



               iii. Hujan perenggan
               Hujan ini berkait dengan pertembungan dua kumpulan udara yang berlainan. Apabila jisim

               udara panas dan udara sejuk bertembung akan mewujudkan zon sempadan. Jisim udara panas
               yang ringan akan dipaksa naik ke atas garis perenggan manakala angin sejuk yang lebih berat

               akan turun kebawah .Angin  panas yang naik  akan sampai ke takat  embun  dan  mengalami

               proses pemeluwapan.Titisan air yang terhasil membentuk awan nimbus stratus, awan rendah
               dan melebar. Apabila awan ini bertambah besar , berat dan terlalu tepu  titisan air ini akan turun

               sebagai hujan perenggan




                   (b) Bincangkan enam kesan hujan terhadap aktiviti manusia di kawasan Tropika
                       Lembap.                                                                 [13]

               Rangka Jawapan
                    i.   hakisan tanah - aktiviti pertanian
                    ii.  tanah runtuh – aktiviti pelancongan / pertanian/ pengangkutan
                    iii.  luluhawa – pelancongan / pertanian
                    iv.  banjir kilat – aktiviti perniagaan/ aktiviti harian/ gangguan ekonomi


                                                                                                       17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22