Page 41 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 41
Kemarau yang berpanjangan turut menyebabkan fenomena penggurunan di kawasan tropika
kering seperti pinggir gurun. Keadaan ini menyebabkan kawasan gurun bertambah luas
melebihi kawasan pinggirnya sepertimana yang berlaku di Gurun Sahel Afrika yang
mengalami fenomena penggurunan yang hebat.
Sumber-sumber semulajadi seperti hutan, air dan tumbuhan akan berkurangan apabila
fenomena kemarau terjadi. Keadaan ini disebabkan sumber bekalan air terjejas akibat daripada
pengeringan tasik, kolam dan sungai. Negara-negara seperti Ethopia, Somalia dan Chad yang
mengalami kemarau yang berpanjangan menyebabkan sumber-sumber semulajadi di negara
berkenaan amat kurang.
Kesimpulannya, kemarau akan membawa banyak kesan negatif kepada persekitaran fizikal
yang bukan sahaja menjejaskan kehidupan semulajadi malahan akan menjejaskan kehidupan
manusia. Fenomena ini diburukkan lagi dengan berlakunya kejadian El Nino.
41

