Page 39 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 39

Bentuk dan struktur batuan mempengaruhi susupan air tanah. Batuan yang merekah, bersifat

               kasar dan telap air membenarkan air melaluinya dan akan cepat terpeluwap. Sebaliknya batuan
               yang lembut lebih banyak menyerap dan menyimpan air. Begitu juga dari segi warna batuan.

               Batuan yang lebih gelap akan lebih banyak menyerap air berbanding batuan yang berwarna
               cerah. Keadaan ini akan mempengaruhi kadar imbangan air yang berbeza di setiap kawasan.



               Sementara itu, wap air berlebihan di latitud khatulistiwa (  0º  -  10º  U/S ) iaitu di zon pertemuan
               angin timuran   utara dan angin timuran selatan yang membawa wap air yang  banyak ke

               kawasan ini. Di kawasan latitud 10º  -   40º   U/S pula kadar sejatan lebih tinggi daripada
               kerpasan  disebabkan   kawasan tersebut merupakan kawasan daratan dan  kawasan  penurunan

               angin yang tidak   membawa banyak hujan. Di latitud 40º  -  90º  U/S berlaku lebihan air kerana

               di kawasan tersebut kerpasan melebihi   sejatan.  Di kawasan ini juga terdapat zon pertemuan
               angin yang membawa kepada wujudnya     zon tekanan rendah yang membawa banyak hujan.


               Kewujudan  sumber-sumber  air  permukaan  seperti  sungai,  tasik,  kolam  dan  lain-lain  boleh

               menjadi  pembekal  utama  kepada  sistem  akuifer  dan  membantu  meningkatkan  sejatan  dan
               kerpasan, seterusnya mempengaruhi imbangan air di kawasan berkenaan. Sebaliknya kawasan

               yang  jauh  dari  badan-badan  air  akan  mengalami  kekurangan  sejatan  dan  seterusnya

               mengurangkan pembentukan kerpasan.





                      (b)  Bincangkan enam kesan fenomena kemarau kepada alam sekitar fizikal           [13]

               Rangka Jawapan
                     i.   Persekitaran menjadi panas dan udara kering.
                     ii.   Kebakaran secara semula jadi. Cth: 1997 kemarau El-Nino menyebabkan
                          berlakunya kebakaran di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.
                    iii.   Memusnahkan habitat flora & fauna
                    iv.   Pembentukan jerebu
                     v.   Menjejaskan ekosistem akuatik.
                    vi.   Fenomena penggurunan.
                   vii.   Menjejaskan sumber-sumber semulajadi
                   viii.      - kesimpulan







                                                                                                       39
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44