Page 79 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 79

Ciri  yang  terakhir  ialah  dari  segi  keahlian.  Bilangan  keahlian  adalah  sedikit  dan  bersifat

               setempat.  Hal  ini  jika  dibandingkan  dengan  pertubuhan  APEC  yang  mempunyai  bilangan
               keahlian yang besar  dan mempunyai bilangan penduduk yang lebih ramai.




                       (b)  Bincangkan faedah yang diperoleh Malaysia setelah menyertai AFTA.       [13]

               Rangka Jawapan
                     i.   memudahkan pasaran barangan
                     ii.   saiz pasaran bertambah luas
                    iii.   pilihan barangan yang lebih banyak.
                    iv.   harga barangan berpatutan/ rendah
                     v.   meningkatkan aktiviti ekonomi
                    vi.   peningkatan pendapatan negara anggota
                   vii.   menjana peluang pekerjaan.
                   viii.      - kesimpulan

               Cadangan Jawapan


               Menyertaan  Malaysia  dalam  AFTA  akan  memudahkan  pemasaran  barangan.  Melalui

               pengurangan atau menghapuskan tarif/cukai bagi sesetengah barangan atau produk ASEAN
               lebih  mudah  masuk  ke  dalam  negara-negara  anggota.  Hal  ini  akan  menyebabkan  pelbagai

               barangan Malaysia mudah dipasarkan dalam kalangan negara anggota.


               Penduduk ASEAN yang ramai menyebabkan saiz pasaran bertambah luas. Produk-produk dari
               Malaysia dapat dipasarkan ke negara-negara anggota ASEAN. Pasaran dalam negara ASEAN

               boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan. Produk Malaysia bebas berada di

               pasaran negara ASEAN yang lain. Perluasan pasaran juga berlaku apabila hubungan antara
               rangkaian pemasaran, pengilang atau pengeluar dalam AFTA menjadi lebih kukuh.


               Kepelbagaian  produk  dari  pelbagai  negara  anggota  dalam  pasaran  AFTA  meyebabkan

               pengguna  mempunyai  banyak  pilihan.  Hal  ini  menyebabkan  monopoli  pasaran  dapat
               dikurangkan  dan  bergantung  sepenuhnya  kepada  pilihan  pengguna.  Kesannya  berlaku

               persaingan antara produk yang akan membawa kepada harga yang lebih murah. Pengguna juga

               mempunyai banyak pilihan untuk membeli barangan yang murah dan berkualiti.







                                                                                                       79
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84