Page 78 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 78
26. (a) Huraikan enam ciri keanggotaan ASEAN. [12]
Rangka Jawapan
i. Status pertubuhan
ii. Ciri geo-politik negara anggota
iii. Jumlah negara anggota dan kepelbagaian negara
iv. Ciri ekonomi negara anggota
v. Skop kerjasama
vi. Keahlian
Cadangan Jawapan
ASEAN ialah akronim bagi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara. Status pertubuhan
ASEAN adalah secara rasmi. Pertubuhan ini didaftarkan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB).
Dari segi geopolitik negara anggota, keanggotaan ASEAN terhad kepada negara-negara di
rantau Asia Tenggara sehaja. Hal ini meliputi Asia Tengara kebenuaan dan kepulauan.
Sebahagian besar negara demokrasi ini mengamalkan pasaran bebas kecuali Myanmar.
Ciri keanggotaan seterusnya adalah dari segi jumlah negara anggota dan kepelbagaian negara.
ASEAN terdiri daripada 10 buah negara-negara Asia Tenggara sahaja iaitu Malaysia, Thailand,
Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei Darussalam, Vietnam Kemboja, Laos dan Myanmar.
Ciri keanggotaan ASEAN yang keempat ialah dari segi ciri ekonomi negara anggota. Jika
dilihat dari segi kemajuan ekonomi, tidak wujud jurang ekonomi yang sangat besar antara
negara anggota kecuali dengan Singapura. Negara anggota ASEAN juga terdiri daripada
negara sedang membangun kecuali Singapura.
Ciri keanggotaan yang kelima ialah dari segi skop kerjasama. Kerjasama ASEAN meliputi
semua aspek iaitu ekonomi, sosial, dan politik. Walau bagaimanapun ASEAN tetap
mengamalkan dasar berkecuali berdasarkan prinsip ZOPFAN, iaitu zon aman, bebas dan
berkecuali serta prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal politik dalaman negara-negara
anggota.
78

